SOAL SELIDIK TERHADAP DRAF STANDARD PROGRAM: SENI LUKIS & SENI REKA (KAJIAN SEMULA)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tuan/Puan,


Pada tahun 2013, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah membangunkan Standard Program: Seni Lukis & Seni Reka (Programme Standards: Art & Design). Bagi memastikan standard program ini kekal relevan dengan keperluan semasa, MQA telah membuat kajian semula bermula tahun 2019 selaras dengan permintaan pihak berkepentingan dan keperluan penjajaran dengan dokumen MQF Edisi Kedua dan Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) Edisi Kedua yang menggariskan tujuh bidang jaminan kualiti.


Sehubungan itu, pihak MQA ingin mendapatkan maklum balas terhadap draf tersebut daripada semua pihak. Mohon jasa baik tuan/puan untuk menyalurkan soal selidik bagi draf tersebut dengan mengisi borang soal selidik sebelum atau pada 28 Julai 2020 (Selasa).


  1. Rujukan Dokumen Draf Kajian Semula:
    Draf Standard Program: Seni Lukis & Seni Reka (Kajian Semula)

  2. Borang Soal Selidik:
    https://forms.gle/Ty3kYg1t6cMNtGLH9


Maklumat yang diberikan sangat berguna kepada kami untuk merancang, mengurus dan bekerjasama untuk meningkatkan kualiti pengajian tinggi Malaysia.


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi:

  1. Encik Zamrin bin Salim - zamrin@mqa.gov.my (03-8688 1975);
    atau
  2. Cik Azwa Izanee Abd Hamid - azwaizanee@mqa.gov.my(03-8688 3664);


Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.





Tarikh Kemaskini : 06 Julai 2020