
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN LUAR NEGARA?
Pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut kepada MQA:
- Borang (PKLN 01) - Tarikh Kemaskini: 05 Januari 2022
- Maklumat kelayakan;
- Bukti Pengiktirafan atau Akreditasi kelayakan daripada pihak berkuasa dari negara asal;
- Maklumat mengenai Kerangka Kelayakan Negara berkenaan;
- Dokumen sokongan dan pengesahan mengenai status pengiktirafan kelayakan dari Kedutaan Malaysia atau Suruhanjaya Pengajian Tinggi
- Borang (PKLN 02) - Tarikh Kemaskini: 04 Januari 2023
- Salinan Kad Pengenalan yang disahkan;
- Salinan dokumen sokongan atau lain-lain pernyataan kelayakan yang dikeluarkan oleh institusi yang disahkan;
- Salinan sijil dan transkrip asal yang disahkan (dalam bahasa asal selain Bahasa Inggeris)
- Salinan sijil dan transkrip terjemahan dalam Bahasa Inggeris jika kelayakan atau sebarang dokumen tambahan tidak disediakan dalam Bahasa Inggeris yang disahkan.
- Bukti Pengiktirafan atau Akreditasi kelayakan daripada pihak berkuasa dari negara asal
- Bayaran pemprosesan RM100 atas nama Agensi Kelayakan Malaysia dalam bentuk draf bank.
a) Tajaan Kerajaan
b) Pembiayaan persendirian