FAQs: Programme Standards

Last Updated : 27 December 2018
Bahasa Melayu Version :
Soalan Lazim : Standard Program

3. Standard Program: Kewangan


1. Adakah program sarjana muda dan sarjana secara kerja khusus wajib ditawarkan dengan pengkhususan?

Tidak semestinya. Program sarjana muda dan sarjana secara kerja khusus boleh ditawarkan tanpa pengkhususan. Jika ia ditawarkan tanpa pengkhususan, komponen pengkhususan perlu diterapkan dalam teras program tersebut.

2. Adakah calon dengan kelayakan dalam bidang perniagaan boleh menyambung pengajian ke program sarjana kewangan/ perbankan/ insurans?

Boleh, bidang perniagaan adalah salah satu bidang berkaitan yang diterima masuk bagi program sarjana kewangan/ perbankan/ insurans.

3. Bolehkah pelajar diberikan take home test bagi peperiksaan akhir (final examination).

Tidak. Penilaian akhir tidak boleh dijalankan secara take home test.

4. Bolehkah pelajar diberikan open book test bagi peperiksaan akhir?

Open book test boleh dijalankan dalam peperiksaan akhir tetapi PPT perlu memastikan kesesuaian aras kesukaran soalan dan kursus tersebut dengan kaedah open book. Bagi kriteria open book test seperti bilangan buku yang boleh dibawa untuk rujukan, PPT perlu mempunyai prosedur tersendiri berdasarkan amalan baik.