FAQs: Certificate of Accreditation

Last Updated : 04 October 2019
Bahasa Melayu Version :
Sijil Akreditasi

1) Berapakah tempoh masa yang diambil oleh MQA bagi pengeluaran sesuatu sijil Akreditasi bagi program yang telah Lulus Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi (MJA) atau Mesyuarat Jawatankuasa Swaakreditasi (MJSWA)?

Sijil Perakuan Akreditasi akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas Borang SPS01 yang telah disahkan oleh PPT dikemukakan kepada Unit Rujukan, Nilai Taraf dan APP oleh pegawai Akreditasi yang berkaitan.

2) Berapa caj yang dikenakan kepada PPT bagi sijil Perakuan Akreditasi?

Caj yang dikenakan bagi pengambilan sijil Perakuan Akreditasi ialah RM 100.00.

3) Bagaimana prosedur pengambilan sijil Perakuan Akreditasi bagi program yang telah lulus MJA atau MJSWA?

Pihak MQA akan menghantar emel makluman kepada PPT terlibat bagi pengambilan sijil Perakuan Akreditasi yang telah siap dicetak.

Bagi kutipan sijil Perakuan Akreditasi secara serahan tangan, PPT perlu membawa bank deraf / tunai berjumlah RM100.00 bagi setiap program dan salinan email makluman daripada MQA (3 salinan) sebagai dokumen sokongan bagi serahan sijil.

Bagi PPT yang ingin sijil Perakuan Akreditasi dihantar melalui pos, PPT perlu menghantar bank deraf fi sijil perakuan Akreditasi secara pos terlebih dahulu ke MQA. Sijil akan dihantar melalui pos laju kepada PPT setelah bayaran fi sijil diterima.

4) Apakah proses yang perlu dilakukan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) untuk membuat penggantian sijil Perakuan Akreditasi dan borang yang digunakan?

Bagi mengemaskini maklumat pada sijil Perakuan Akreditasi, PPT perlu mengemukakan permohonan Penggantian Sijil Perakuan Akreditasi kepada MQA bersama dokumen-dokumen berikut:

  1. Borang J (satu bagi setiap program) yang telah lengkap diisi. Borang J boleh dimuat turun dari Portal Rasmi MQA di pautan berikut http://www.mqa.gov.my/pv4/pubs_form.cfm

  2. Fi permohonan berjumlah RM 100.00 bagi setiap satu program atas nama Agensi kelayakan Malaysia;

  3. Sijil Perakuan Akreditasi yang asal versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi program terlibat; dan

  4. Dokumen sokongan berkaitan seperti surat kelulusan terkini daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi(JPT, KPT).

6) Bagaimana prosedur pengambilan sijil Perakuan Akreditasi bagi permohonan penggantian sijil yang telah selesai?

Pihak MQA akan menghantar emel makluman kepada PPT terlibat bagi pengambilan sijil Perakuan Akreditasi yang telah siap dicetak.

Bagi kutipan sijil Perakuan Akreditasi secara serahan tangan, PPT perlu membawa salinan email makluman status penggantian sijil daripada MQA (2 salinan) sebagai dokumen sokongan bagi serahan sijil.

Bagi PPT yang ingin sijil Perakuan Akreditasi dihantar melalui pos, PPT perlu memaklumkan kepada MQA dengan mengemukakan maklum balas kepada emel makluman status penggantian sijil tersebut. Sijil akan dihantar melalui pos laju kepada PPT setelah maklum balas PPT diterima oleh MQA.