
FAQ Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti adalah satu kompilasi soalan-soalan yang sering diajukan oleh pihak-pihak berkepentingan kepada MQA. Kompilasi ini disediakan bertujuan memudahkan pihak-pihak berkepentingan mendapatkan jawapan terhadap persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan dengan cepat dan mudah. Jawapan-jawapan yang disediakan adalah selaras dengan dasar-dasar semasa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), standard bidang dan keperluan badan profesional.
Kompilasi FAQ ini dibahagikan kepada enam tajuk utama iaitu:
- Penawaran Program
- Sistem Semester
- Kurikulum
- Kelayakan masuk
- Pindah kredit dan pengecualian kursus
- Lain-lain
Adalah diharap, dengan adanya FAQ Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti dapat membantu pihak-pihak berkepentingan memahami dan mematuhi dasar-dasar jaminan kualiti agar dapat diaplikasikan dalam proses jaminan kualiti di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) masing-masing.
Bahagian Dasar dan Penyelidikan
Sektor Pembangunan Dasar dan Kepakaran
Agensi Kelayakan Malaysia
2014