FAQs: Credit Transfers

Last Updated : 24 December 2018
Bahasa Melayu Version :
Soalan Lazim : Pindah Kredit

1. Bagaimanakah pindah kredit boleh dilaksanakan?

Pindah kredit boleh dilakukan dalam dua kategori seperti berikut:

  1. Vertical - pemindahan kredit daripada kelayakan peringkat rendah ke kelayakan peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, pemindahan kredit daripada program Diploma (Tahap 4 MQF) ke program Sarjana Muda (Tahap 6 MQF).

  2. Horizontal - pemindahan kredit daripada program di tahap kelayakan yang sama. Contoh adalah seperti berikut:
    • Sijil (tahap 3, MQF) ke Sijil (tahap 3, MQF)
    • Diploma (tahap 4, MQF) ke Diploma (tahap 4, MQF)
    • Sarjana Muda (tahap 6, MQF) ke Sarjana Muda (tahap 6, MQF).

Pindah kredit yang dibuat hendaklah berasaskan pemetaan kursus (subject-to-subject mapping), dan tertakluk kepada syarat-syarat umum pindah kredit seperti berikut:

    • Gred lulus kursus- gred minimum iaitu gred C;
    • Nilai kredit - sama dengan nilai kredit kursus di IPT menerima;
    • Kesetaraan kurikulum kursus - tidak kurang 80%; dan
    • Kursus yang boleh dipindahkan kredit hendaklah daripada program yang telah mendapat Akreditasi (termasuk Akreditasi Sementara) / diiktiraf oleh badan berautoriti di negara berkenaan.

3. Berapakah maksimum kredit yang boleh dipindahkan secara horizontal dari satu program ke satu program yang lain?

Sekiranya program tersebut diambil di PPT yang sama, tiada had pemindahan kredit, namun tertakluk kepada syarat-syarat umum pindah kredit seperti di Soalan 1.

Sekiranya program yang ingin diikuti di PPT yang berbeza, pemindahan kredit tertakluk juga kepada syarat permastautin pelajar (residential year) seperti berikut:

  • Sarjana / PhD: 1 semester
  • Sarjana Muda: 1 tahun
  • Diploma / Sijil: 1 semester

4. Adakah pindah kredit secara vertical ke tahap yang lebih tinggi, contoh: Sijil (Tahap 3 MQF) ke Diploma (Tahap 4 MQF) dibenarkan?

Pindah kredit secara vertical dibenarkan bagi peringkat Sijil ke Diploma dan juga Diploma ke Sarjana Muda dengan maksimum 30% daripada jumlah kredit program yang akan diikuti, tertakluk kepada syarat-syarat umum pindah kredit seperti di Soalan 1.

5. Adakah pindah kredit daripada peringkat Diploma (Tahap 4 MQF) ke Sarjana Muda (Tahap 6 MQF) dengan maksimum 30% termasuk Latihan Industri?

Pindah kredit bagi Latihan Industri adalah tidak dibenarkan memandangkan hasil pembelajaran Latihan Industri bagi peringkat Diploma (Tahap 4, MQF) dan Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) adalah berbeza.

6. Adakah pindah kredit bagi kelayakan Advanced Diploma (Tahap 5 MQF) dibenarkan ke peringkat Sarjana Muda (Tahap 6 MQF)?

Kelayakan Advanced Diploma (Tahap 5 MQF) (yang turut memiliki Diploma, Tahap 4 MQF) boleh dipertimbangkan pindah kredit sehingga maksimum 2 tahun pengajian di peringkat Sarjana Muda (Tahap 6 MQF), tertakluk kepada syarat umum pindah kredit seperti di Soalan 1.

7. Adakah pindah kredit bagi kelayakan Sarjana Muda (Tahap 6 MQF) ke program peringkat Sarjana (Tahap 7 MQF) dibenarkan?

Pindah kredit dari peringkat Sarjana Muda (Tahap 6 MQF) ke Sarjana (Tahap 7 MQF) adalah tidak dibenarkan. Sebagai tambahan, pindah kredit dari peringkat Sarjana (Tahap 7 MQF) ke peringkat Kedoktoran (Tahap 8 MQF) juga tidak dibenarkan.

9. Pelajar telah memiliki kelayakan dan ingin melanjutkan pengajian kali kedua dalam peringkat yang sama dengan kelayakan yang dimiliki. Adakah pindah kredit dibenarkan?

Pindah kredit dibenarkan, tertakluk kepada syarat umum pindah kredit seperti di Soalan 1.

Tiada had pindah kredit jika pelajar berada di PPT yang sama, tertakluk kepada keperluan memenuhi Body of Knowledge kelayakan kedua.

Bagi pelajar yang melanjutkan pengajian kali kedua di PPT yang berbeza, maka pindah kredit adalah tertakluk kepada tempoh permastautin pelajar (residential year). Sila rujuk jawapan di Soalan 3 bagi tempoh permastautin pelajar.

10. Adakah pindah kredit Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) dibenarkan?

Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) dibenarkan untuk pindah kredit secara horizontal sahaja, tertakluk kepada syarat umum pindah kredit seperti di Soalan 1.

Pindah kredit secara vertical bagi MPU adalah tidak dibenarkan.

11. Adakah pindah kredit dibenarkan bagi pelajar yang gagal program tetapi ingin melanjutkan pengajian ke program yang sama di institusi lain?

Pindah kredit tidak dibenarkan termasuk MPU. Oleh itu pelajar perlu bermula semula sebagai satu program yang baharu iaitu daripada semester pertama.

12. Gred lulus bagi tujuan pindah kredit adalah Gred C. Adakah pindah kredit boleh dilaksanakan sekiranya skala penggredan bagi 2 institusi adalah berbeza? Sebagai contoh:
i. Gred C universiti A ialah bagi julat markah 50 - 59
ii. Gred C universiti B ialah bagi julat markah 70 - 74

Skala penggredan yang berbeza boleh digunakan bagi tujuan pemindahan kredit kerana setiap PPT mempunyai polisi sistem penggredan masing-masing. Skala penggredan yang berbeza tidak boleh diubah oleh PPT penerima.

Namun, PPT boleh menetapkan julat yang lebih tinggi berdasarkan keperluan PPT.