Entry Requirements for Higher Education Programmes

Last Updated : 04 April 2022

Kompilasi kelayakan masuk ini merupakan panduan syarat kemasukan minimum ke program pendidikan tinggi mengikut tahap pengajian dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF). Kompilasi ini dibangunkan sebagai rujukan kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) dan pihak berkepentingan yang lain.


Walau bagaimanapun, secara prinsipnya syarat kelayakan masuk ke program pendidikan tinggi adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan badan profesional yang berkaitan. Sebarang perubahan atau penambahan syarat kelayakan masuk hendaklah dirujuk kepada KPT dan badan profesional yang berkenaan.


PERHATIAN:

  1. Kompilasi kelayakan masuk ini akan berubah dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan syarat Gred/ NGMP/ PNGK/ Pengkhususan Mata Pelajaran/ sebarang syarat yang berkaitan dalam bidang pengajian tertentu yang tertakluk kepada surat kelulusan KPT/ standard program/ badan profesional yang berkenaan.
  2. Syarat kelayakan masuk bagi program yang tidak tertakluk kepada mana-mana standard program atau badan profesional, boleh merujuk kepada syarat kelayakan masuk umum seperti yang disenaraikan. Senat PPT perlu menetapkan syarat tambahan seperti keperluan kompetensi mata pelajaran tertentu sekiranya semakan pemberat kurikulum dari segi major/teras menjurus kepada bidang khusus yang tertentu.
  3. MQA tidak membuat penilaian bagi kesetaraan gred mata pelajaran bagi memenuhi syarat kelayakan masuk tertentu.
  4. PPT bertanggungjawab untuk mengkaji dan meneliti sistem gred/skor/markah bagi menyetarakan gred kelayakan tersebut dengan gred yang ditetapkan.
  5. Senarai Kelayakan Persekolahan Antarabangsa bagi kemasukan ke program pendidikan tinggi di Malaysia boleh dirujuk pada pautan ini.


 PEMAKLUMAN BERKAITAN SYARAT KELAYAKAN MASUK:


 ARTIKULASI TVET

TARIKH SURAT PERKARA MUAT TURUN
8 JANUARI 2021

PEMAKLUMAN JPT - KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN SKM (TAHAP 3, MQF) KE PERINGKAT DIPLOMA (TAHAP 4, MQF) ATAU YANG SETARA DENGANNYA DI IPTS

21 APRIL 2020

PEMAKLUMAN JPT - KEMASUKAN PELAJAR LULUSAN DKM, DLKM DAN DVM KE PERINGKAT SARJANA MUDA (TAHAP 6 MQF) ATAU YANG SETARA DENGANNYA DI IPTS

20 NOVEMBER 2019

PEMAKLUMAN JPT - PINDAAN SYARAT KELAYAKAN MINIMUM DKM, DLKM DAN DVM SEBAGAI SYARAT KELAYAKAN MASUK KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DI UA

30 OGOS 2019

PEKELILING MQA BIL. 9/2019 - PELAKSANAAN SISTEM JAMINAN KUALITI TUNGGAL TVET: PENAMBAHBAIKAN LALUAN PENDIDIKAN GRADUAN TVET

 KOMPETENSI BAHASA INGGERIS:

TARIKH SURAT PERKARA MUAT TURUN
6 JANUARI 2020

PEMAKLUMAN JPT: PENAMBAHBAIKAN SYARAT KOMPETENSI BAHASA INGGERIS KEPADA PELAJAR ANTARABANGSA

9 DISEMBER 2019

PEMAKLUMAN JPT: PENAMBAHBAIKAN SYARAT KOMPETENSI BAHASA INGGERIS KEPADA PELAJAR ANTARABANGSA

31 JULAI 2019

PEMAKLUMAN JPT: SYARAT KOMPETENSI BAHASA INGGERIS KEPADA PELAJAR ANTARABANGSA