Chief Executive Officer

Last Updated : 23 March 2023
Bahasa Melayu Version :
Ketua Pegawai Eksekutif

Dato' Profesor Dr. Mohammad Shatar bin Sabran (February 8th, 2021 to date)

Dato' Profesor Dr. Mohammad Shatar bin Sabran
(Ketua Pegawai Eksekutif)

Dato' Profesor Dr. Mohammad Shatar bin Sabran dilahirkan pada 7 Februari 1967 di negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bota Kiri dan kemudiannya di Sekolah Menengah Dato‘ Abdul Rahman Yaacub Bota Kanan. Pengajian peringkat seterusnya bermula dari Diploma dalam bidang General Studies di Indiana University of Bloomington, Amerika Syarikat. Kemudiannya, beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Community and Regional Planning di Iowa State University dan seterusnya di peringkat Kedoktoran dalam bidang Leadership and Community Development di University of Missouri Amerika Syarikat.


Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bermula 8 Februari 2021. Sebagai sebuah Agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), MQA adalah badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.


Karier awal sebagai barisan pengurusan tertinggi bermula dari Universiti Putra Malaysia apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) pada tahun 2013. Terus mempamerkan kredibiliti sebagai seorang pemimpin, beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2017. Berteraskan sebagai salah seorang Pakar Sosial Negara, beliau telah menyampaikan lebih daripada 800 ceramah serta menerbitkan lebih daripada 40 buah buku berkaitan motivasi, kepimpinan dan pembangunan komuniti. Selain itu, beliau kerap dijemput sebagai panel peringkat antarabangsa; antaranya QS MAPLE 2019 (Timur Tengah & Afrika), QS APPLE 2018 (Asia Pasifik) dan Bett Asia pada tahun 2019 dan 2018. Selain dikenali sebagai pakar bidang sosial, beliau turut dirujuk sebagai pakar kemahiran insaniah (soft skills) oleh lebih daripada 20 institusi dan agensi kerajaan di samping menjadi antara tetamu tetap kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama dan Astro Awani.


Dalam konteks pengiktirafan, beliau telah menerima pelbagai Anugerah di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Antaranya ialah ‘Extra Ordinary Performance Awards’ dari Iowa State University; Anugerah Personaliti Media 2010; Anugerah Emas, Inovasi dan Penyelidikan Dalam Kaunseling 2010; Anugerah Akademik Negara 2011 (Bidang Pengajaran); Outstanding Intellectuals of the 21st Century 2012 oleh International Biographical Center, England dan disenaraikan dalam penerbitan Who’s Who in the World 2012; Anugerah Outstanding Contributions to Education 2017 dari The Golden Globe Tiger Awards; dan Anugerah International Education Awards 2018 (IEA ‘18) dari Ink. Edu Media.


Beliau juga telah dianugerahkan dengan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang ke 83 pada tahun 2014. Terkini, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan, iaitu Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Yang Ke-62 pada 4 November, 2018. Setiap pengiktirafan ini diberikan atas sokongan dan sumbangan beliau kepada kemajuan pendidikan di Malaysia dan di rantau Asia, Amerika Selatan dan juga Afrika.

  Title Download
 
PELANTIKAN YBHG. DATO' PROFESOR DR. MOHAMMAD SHATAR BIN SABRAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA
(5 Februari 2021)
Date Title Watch
10 September 2021 Teori Kecemerlangan MQA
03 September 2021 Pendidikan dan Penyelidikan di Era Covid-19
20 August 2021 Employability & Education Sustainability - The Malaysian Perspectives
06 August 2021 Hari Mesra Pelanggan (HMP)
30 July 2021 The New Era of MQA
23 July 2021 MQA Di Persada Antarabangsa
09 July 2021 Kemahiran 3 Bahasa
02 July 2021 Sijil Diiktiraf Beri Nilai Tambah
25 June 2021 Kepentingan Akreditasi
18 June 2021 eSisraf
11 June 2021 Kualiti Pendidikan Tinggi
10 June 2021 Calon SPM 2020 - Semak Akreditasi Program
04 June 2021 Masuk IPT Dengan Pengalaman
28 May 2021 Memilih IPT
21 May 2021 Daftar Kelayakan Malaysia (MQR)
12 May 2021 Selamat Hari Raya Aidilfitri
07 May 2021 Standard Program Pengajian Halal
30 April 2021 Pusat Penilaian APEL
23 April 2021 MQA Global
16 April 2021 Kualiti Graduan
09 April 2021 APEL Q
02 April 2021 APEL C
26 March 2021 APEL A
19 March 2021 Jom Semak MQR
04 March 2021 Guna APEL masuk IPT
Date Title Watch
23 August 2021 Formula Kecemerlangan [5+5-5]
Episod 5: Jelas Masa Hadapan
16 August 2021 Formula Kecemerlangan [5+5-5]
Episod 4: Galakan Berbincang
09 August 2021 Formula Kecemerlangan [5+5-5]
Episod 3: Sentiasa Hadir ke Kelas
02 August 2021 Formula Kecemerlangan [5+5-5]
Episod 2: Duduk di Barisan Hadapan
26 July 2021 Formula Kecemerlangan [5+5-5]
Episod 1: Fokus kepada Pelajaran
19 July 2021 #MenangBersama
12 July 2021 Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan
05 July 2021 Pengurusan Tekanan Semasa Pelaksanaan PKP
28 Jun 2021 COVID-19 Tidak Pernah Bercuti
21 Jun 2021 Elak Sebar Berita Palsu
14 Jun 2021 Vaksin Demi Kesejahteraan Negara