MQA rai pengamal media di majlis iftar

Tarikh Kemaskini: 03 Jun 2022


KUALA LUMPUR: Bagi menghargai jasa pengamal media, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) meraikan golongan itu dalam majlis berbuka puasa di hotel di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, penganjuran majlis itu bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah yang terjalin antara badan berkanun di bawah pimpinannya dengan pengamal media daripada pelbagai agensi.

Katanya, pihaknya amat menghargai sumbangan rakan media yang banyak membantu dalam menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat mengenai fungsi, perkhidmatan serta inisiatif MQA.

"Sebagai satu daripada kumpulan barisan hadapan, peranan yang dimainkan pengamal media cukup signifikan terhadap pembangunan negara sejak sekian lama," katanya selepas Majlis Iftar MQA bersama Media Tahun 2022 di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Profesor Dr Khairul Salleh Mohamed Sahari; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MQA, Puan Halinordina Mat Saat dan Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA, Encik Mohamad Dzafir Mustafa.





Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar (dua kiri) beramah mesra tetamu yang hadir pada majlis berbuka puasa MQA.