MQA promosi micro-credentials, APEL di UPSI

Tarikh Kemaskini: 17 Mei 2022


TANJUNG MALIM: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) meneruskan Sesi Jelajahnya ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), baru-baru ini.

Sesi jelajah itu menjadi antara program berfokus MQA untuk bertukar pandangan secara terus dengan pihak institusi pengajian tinggi (IPT) dalam konteks jaminan kualiti pengajian tinggi di samping mempromosi agenda pengajian sepanjang hayat (PSH) seperti APEL.A, APEL.C, APEL.Q dan micro-credentials serta menggalakkan lebih banyak IPT menjadi Pusat Penilaian APEL.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Dato' Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata penawaran itu dijangka bukan hanya untuk tujuan 'upskilling' dan 'reskilling', malah menuju ke arah kelayakan akademik.

Katanya, kursus micro-credentials yang disahkan oleh MQA boleh dikumpulkan dan kemudiannya ditukar menjadi kelayakan akademik peringkat sijil, diploma, ijazah dan seterusnya.

"Masyarakat setempat terutamanya dari sekitar negeri Perak perlu merebut peluang apabila program berkenaan ditawarkan oleh UPSI nanti khususnya dalam kalangan golongan mereka yang ingin meningkatkan kompetensi dalam bidang pendidikan," katanya pada sesi jelajah berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof. Dr. Marzita Puteh; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari; Pengarah Kanan (Pembangunan Dasar dan Kepakaran) MQA, Encik Mohamad Dzafir Mustafa dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Standard MQA, Encik Zamrin Salim.



Prof Dato' Dr Mohammad Shatar berkongsi inisiatif terkini MQA kepada pihak pengurusan dan warga UPSI.



Prof. Khairul Salleh (kiri) membentangkan mengenai inisiatif terbaharu MQA berkaitan micro-credentials.



Prof Dato' Dr Mohammad Shatar berkongsi inisiatif terkini MQA kepada pihak pengurusan dan warga UPSI.



Encik Zamrin (kiri) menjawab soalan daripada warga UPSI yang hadir mengenai Pengiktirafan Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (APEL).