MoU MQA - AIU, India

Tarikh Kemaskini : 29 Mei 2020

Versi Bahasa Inggeris :
MoU MQA - AIU, India

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN ANTARA ASSOCIATION OF INDIAN UNIVERSITIES DAN AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA BERKENAAN PENGIKTIRAFAN BERSAMA TERHADAP KESETARAAN KELAYAKAN


Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (Memorandum of Understanding, MoU) dengan Association of Indian Universities (AIU) berkenaan Pengiktirafan Bersama Terhadap Nilai Taraf Kelayakan pada 1 April 2017 di New Delhi, India.

Objektif

Objektif utama MoU tersebut adalah untuk mengukuhkan pertukaran pendidikan dan kerjasama antara Malaysia dan India dengan saling mengiktiraf kesetaraan kelayakan Ijazah (Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran) dalam disiplin umum (Sains Sosial, Sains Semula Jadi, Kemanusiaan, Kejuruteraan dan Teknologi, Pertanian, Pentadbiran Perniagaan dan Perdagangan) yang dianugerahkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang diiktiraf/ diakredit di kedua-dua negara.

Tarikh Kuatkuasa

MoU ini berkuatkuasa pada 1 April 2017.