myMQR merupakan satu inisiatif oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat semakan status akreditasi penuh melalui telefon pintar.
Objektif myMQR
Memudahkan orang awam membuat Semakan Program Akreditasi Penuh menerusi telefon pintar, di mana sahaja dan pada bila-bila masa; sebagai alternatif kepada Portal MQR yang sedia ada.
Membantu meningkatkan keyakinan orang awam terhadap status Akreditasi sesebuah program pengajian yang ditawarkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT).
Memenuhi keperluan semasa masyarakat hari ini yang memerlukan maklumat di hujung jari.
Fungsi myMQR
Carian atau semakan program Akreditasi Penuh.
Penerangan tentang Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) dan Malaysian Qualifications Framework (MQF).
Paparan maklumat perhubungan (alamat, nombor telefon, e-mel serta lokasi) untuk rujukan awam.