MESYUARAT JAWATANKUASA AKREDITASI
Berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 9, Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679], Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menubuhkan Jawatankuasa Akreditasi yang terdiri daripada Bidang Sains dan Bidang Sastera.
Jawatankuasa Akreditasi bertanggungjawab menerima, menilai dan menganalisis laporan penilaian bagi permohonan Akreditasi Sementara serta Akreditasi Penuh program daripada Pemberi Pendidikan Tinggi. Setelah meneliti laporan penilaian, Jawatankuasa Akreditasi akan memperakukan sama ada untuk memberi, menolak atau membatalkan Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh program.
MQA telah melantik sejumlah 24 orang iaitu 12 orang bagi setiap bidang bagi menganggotai Jawatankuasa Akreditasi yang terdiri daripada ahli akademik, wakil agensi dan industri.
Pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi (MJA) pada tahun 2022 adalah seperti di bawah:
TAKWIM MESYUARAT JAWATANKUASA AKREDITASI (MJA) TAHUN 2022
BILANGAN MJA | TARIKH | BIDANG SAINS | BIDANG SASTERA | TEMPAT |
---|---|---|---|---|
Bilangan 1 Tahun 2022 |
25 Januari 2022 (Selasa) |
10.00 pagi - 1.00 tengah hari | 2.30 petang - 5.00 petang | MQA |
Bilangan 2 Tahun 2022 |
1 Mac 2022 (Selasa) |
10.00 pagi - 1.00 tengah hari | 2.30 petang - 5.00 petang | MQA |
Bilangan 3 Tahun 2022 |
29 Mac 2022 (Selasa) |
2.30 petang - 5.00 petang | 10.00 pagi - 1.00 tengah hari | MQA |
Bilangan 4 Tahun 2022 |
26 April 2022 (Selasa) |
2.30 petang - 5.00 petang | 10.00 pagi - 1.00 tengah hari | MQA |
Bilangan 5 Tahun 2022 |
31 Mei 2022 (Selasa) |
10.00 pagi - 1.00 tengah hari | 2.30 petang - 5.00 petang | MQA |
Bilangan 6 Tahun 2022 |
28 Jun 2022 (Selasa) |
10.00 pagi - 1.00 tengah hari | 2.30 petang - 5.00 petang | MQA |
Bilangan 7 Tahun 2022 |
26 Julai 2022 (Selasa) |
2.30 petang - 5.00 petang | 10.00 pagi - 1.00 tengah hari | MQA |
Bilangan 8 Tahun 2022 |
30 Ogos 2022 (Selasa) |
2.30 petang - 5.00 petang | 10.00 pagi - 1.00 tengah hari | MQA |
Bilangan 9 Tahun 2022 |
27 September 2022 (Selasa) |
10.00 pagi - 1.00 tengah hari | 2.30 petang - 5.00 petang | MQA |
Bilangan 10 Tahun 2022 |
25 Oktober 2022 (Selasa) |
10.00 pagi - 1.00 tengah hari | 2.30 petang - 5.00 petang | MQA |
Bilangan 11 Tahun 2022 |
29 November 2022 (Selasa) |
2.30 petang - 5.00 petang | 10.00 pagi - 1.00 tengah hari | MQA |