MRA Malaysia - China

Tarikh Kemaskini : 29 Mei 2020

Versi Bahasa Inggeris :
MRA Malaysia - China

PERJANJIAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN KERAJAAN REPUBLIK RAKYAT CHINA BERKENAAN FRAMEWORK AGREEMENT TO FACILITATE MUTUAL RECOGNITION IN ACADEMIC HIGHER EDUCATION QUALIFICATIONS


Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China (People's Republic of China, PRC) telah menandatangani Framework Agreement to Facilitate Mutual Recognition in Academic Higher Education Qualifications pada 28 April 2011.

Objektif

Objektif utama perjanjian tersebut adalah untuk memudah cara pengiktirafan kelayakan pengajian tinggi, memupuk kerjasama dalam bidang pengajian tinggi dan memudah cara mobiliti akademik antara kedua-dua negara.

Pengiktirafan Kelayakan Ijazah

Kelayakan Ijazah (Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran) yang dianugerahkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) di Malaysia dan China adalah diiktiraf oleh kedua-dua negara. Namun, pengiktirafan ini adalah tertakluk kepada peraturan dan keperluan PPT, badan professional, agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan di kedua-dua negara.

Tarikh Kuatkuasa

Perjanjian ini berkuatkuasa enam (6) bulan selepas ia ditandatangan.

Senarai Kelayakan Ijazah di Malaysia dan China


Senarai ini adalah dikemaskini dari semasa ke semasa.