Soalan Lazim: Standard Program

Tarikh Kemaskini : 27 Disember 2018
Versi Bahasa Inggeris :
FAQs: Programme Standards

6. Standard Program: Sains Perubatan dan Kesihatan


1. Adakah keperluan IELTS yang dinyatakan selepas syarat kelayakan masuk bagi tahap sarjana muda hanya terpakai bagi tahap itu?

Ya. Keperluan IELTS yang dinyatakan selepas syarat kelayakan masuk bagi tahap sarjana muda hanya terpakai bagi tahap itu.

2. Adakah standard program edisi pertama masih terpakai?

Ya. Standard program edisi pertama masih terpakai bagi 8 bidang yang tidak dikaji semula iaitu Audiology, Forensic Science, Speech Science, Biochemistry, Genetics, Microbiology, Medical Social Work dan Health Promotion bagi keperluan hasil pembelajaran, reka bentuk dan penyampaian kurikulum serta sumber pendidikan. Keperluan lain adalah tertakluk seperti penetapan dalam standard program edisi kedua.