Soalan Lazim: Standard Program

Tarikh Kemaskini : 27 Disember 2018
Versi Bahasa Inggeris :
FAQs: Programme Standards

2. Standard Program: Pengajian Perniagaan


1. Adakah program sarjana muda dan sarjana secara kerja khusus wajib ditawarkan dengan pengkhususan?

Tidak semestinya. Program sarjana muda dan sarjana secara kerja khusus boleh ditawarkan tanpa pengkhususan. Jika ia ditawarkan tanpa pengkhususan, komponen pengkhususan perlu diterapkan dalam teras program tersebut.