Soalan Lazim: Panduan Bayaran

Tarikh Kemaskini: 21 April 2020
English Version :
Payment Guideline

PANDUAN PEMBAYARAN KEPADA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) SEMASA DAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19

Berdasarkan Perutusan Khas Pendana Menteri yang telah diadakan pada 10 April 2020, tempoh PKP telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Sehubungan itu, berikut merupakan kaedah pembayaran kepada MQA bagi memudahkan proses pembayaran di pihak Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT):

  1. Selain bayaran menerusi bank deraf, PPT boleh memilih kaedah bayaran secara atas talian melalui JomPay. PPT boleh mendapatkan ID JomPay PPT dengan memohon melalui alamat e-mel uat@mqa.gov.my.

  2. PPT hendaklah mengemukakan perihal bayaran dan dokumen sokongan yang lengkap serta bukti bayaran kepada pegawai MQA yang terlibat untuk tindakan selanjutnya.

  3. Bersama-sama ini dilampirkan tatacara pembayaran melalui JomPay.


Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Kewangan menerusi emel uat@mqa.gov.my.


AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)
17 APRIL 2020

Bil. Tajuk Muat Turun
1.   Tatacara Bayaran Menggunakan JOMPAY