Soalan Lazim: Nilai Taraf

Tarikh Kemaskini: 04 Oktober 2019
Versi Bahasa Inggeris :
FAQs: Equivalency

NILAI TARAF MENENGAH


1) Adakah permohonan penilaian kesetaraan menengah wajib dikemukakan pada MQA sekiranya pelajar ingin melanjutkan pengajian di Malaysia

TIDAK. Pihak MQA hanya membantu dalam membuat penilaian nilai taraf. Pihak PPT boleh membuat penilaian nilai taraf sendiri.

2) Apakah tujuan penilaian kesetaraan dibuat?

Tujuan penilaian ini ialah bagi membantu Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang berhasrat mengambil pelajar dengan kelayakan dari luar negara bagi kemasukan ke program pengajian tinggi di Malaysia.

Mohon rujuk panduan yang ditetapkan di pautan http://www.mqa.gov.my/pv4/nilai_taraf.cfm

3) Adakah pelajar yang bergraduat pada Gred 11 yang mengikuti sistem persekolahan luar negara dengan exit award pada Gred 12 boleh memasuki peringkat Sijil atau Diploma.

TIDAK. Berdasarkan Surat Makluman MQA Bil 1/2019 bertarikh 4 April 2019, dimaklumkan pelajar yang menamatkan persekolahan pada Gred 11 tanpa exit award tidak boleh diterima untuk menyambung pengajian ke peringkat Program Asas, Sijil dan Diploma.

4) Adakah subjek Sains dalam suatu kelayakan luar negara boleh dibandingkan dengan kelayakan SPM

TIDAK.
MQA tidak membuat penilaian bagi:

  1. Kesetaraan gred mata pelajaran
    MQA tidak membuat perbandingan subjek bagi memenuhi syarat kelayakan masuk program tertentu.
  2. Kesetaraan gred / skor / markah
    IPT bertanggungjawab untuk mengkaji dan meneliti sistem gred / skor / markah sesuatu kelayakan bagi menyetarakan gred kelayakan tersebut dengan gred kelayakan di Malaysia.

5) Sekiranya nama kelayakan tidak disenaraikan pada Senarai Kelayakan Masuk Pelajar Antarabangsa di laman web MQA adakah pihak PPT boleh membuat pengambilan pelajar

YA. Pihak PPT boleh membuat pengambilan pelajar sekiranya layak dan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapka oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi atau badan-badan professional berkaitan. Pihak PPT juga boleh mengemukakan permohonan nilai taraf kepada pihak MQA sekiranya berminat

NILAI TARAF TINGGI


1) Apakah keperluan penilaian nilai taraf kelayakan?

Di bawah Akta MQA 679 subseksyen 78(1) mana mana orang boleh memohon MQA untuk membuat penilaian kelayakan kelayakan yang dijalankan di dalam dan luar negara untuk dipserakukan sebagai setara dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).

Kesetaraan kelayakan adalah penting bagi memastikan sesuatu kelayakan selaras dengan MQF.

2) Siapakah yang boleh memohon penilaian nilai taraf kelayakan?

Individu (pemegang kelayakan) atau Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang ingin menawarkan kelayakan luar negara yang tidak dipastikan tahap kelayakan tersebut untuk disetarakan dengan tahap MQF.

3) Apakah keperluan penilaian nilai taraf kelayakan?

Penilaian yang dibuat oleh individu adalah untuk digunakan sebagai salah satu kelayakan masuk ke peringkat yang lebih tinggi di PPT dalam negara atau apa-apa tujuan yang berkaitan.

Penilaian yang dibuat oleh PPT yang berhasrat untuk menawarkan kelayakan/program dari badan professional atau badan persijilan dari dalam dan luar negara.

4) Apakah MQA turut membuat kesetaraan gred/markah bagi kelayakan luar negara pemohon?

MQA tidak membuat penilaian bagi:
1. kesetaraan gred mata pelajaran; MQA tidak membuat perbandingan subjek bagi memenuhi syarat kelayakan masuk program tertentu.

2. kesetaraan gred/skor/markah; PPT bertanggungjawab untuk mengkaji dan meneliti sistem gred/skor/markah sesuatu kelayakan bagi menyetarakan gred kelayakan tersebut dengan gred kelayakan di Malaysia.

5) Apakah tahap kelayakan yang disetarakan dengan MQF?

Pemohon perlu menentukan tahap kelayakan yang dipohon untuk dibandingkan dengan Tahap 3 - 8 MQF.

6) Berapakah kos penilaian kesetaraan ini?

Fi penilaian akan dikenakan sebanyak RM1050 bagi penilaian kelayakan sama ada oleh individu ataupun PPT.