Soalan Lazim: APEL.A

Tarikh Kemaskini: 16 Disember 2021
Versi Bahasa Inggeris :
FAQs: APEL.A

1) Apakah tujuan APEL.A?

APEL.A didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit.

APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Pemberi Pengajian Tinggi (PPT). Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

2) Bagaimana hendak memohon APEL?

Permohonan dibuat secara dalam talian di http://www2.mqa.gov.my/APEL/

3) Apakah kriteria permohonan APEL.A?

i. Program peringkat Ijazah Sarjana
Iaitu bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana, calon haruslah berumur 30 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki kelayakan STPM atau Diploma atau kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya serta mempunyai pengalaman yang bersesuaian.

ii. Program peringkat Ijazah Sarjana Muda
Iaitu bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda, calon haruslah berumur 21 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

iii. Program peringkat Diploma
Iaitu bagi kemasukan ke program Diploma, calon haruslah berumur 20 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

iv. Program peringkat Sijil
Iaitu bagi kemasukan ke program Sijil, calon haruslah berumur 19 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

4) Apakah peringkat pengajian yang boleh dipohon menggunakan APEL.A?

Buat masa ini penilaian APEL.A di Malaysia bertujuan untuk kemasukan ke PPT sahaja dan dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu:

  1. Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
  2. Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
  3. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
  4. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).

5) Apakah program pengajian yang menawarkan syarat kemasukan menggunakan APEL.A?

Semua program pengajian yang ditawarkan di PPT.

Manakala bagi program pengajian yang melalui penilaian oleh badan profesional adalah tertakluk kepada syarat dan keperluan badan profesional tersebut.

Bagi permohonan Sarjana (APEL T-7), sebanyak 30 bidang yang ditawarkan seperti yang dipaparkan di pautan http://www2.mqa.gov.my/APEL/APEL_A/CheckDaftar.cfm.

6) Apakah mod pengajian yang dibenarkan kepada calon yang lulus penilaian APEL.A?

Calon yang lulus penilaian APEL.A boleh melanjutkan pengajian dalam mod secara sepenuh masa dan separuh masa.

Bagi sijil APEL.A peringkat Sarjana (APEL T-7), mod penawaran hanya melibatkan pengajian secara kerja kursus dan campuran sahaja.

7) Adakah ujian penilaian APEL.A dikenakan bayaran?

Fi penilaian APEL.A mengikut tahap adalah seperti berikut:

8) Apakah kaedah pembayaran penilaian APEL.A?

Pembayaran fi APEL.A bergantung kepada pemilihan tahap penilaian dan pemilihan pusat penilaian yang dibuat oleh calon seperti berikut:

9) Apakah proses yang perlu dilalui oleh calon APEL.A?

Calon boleh merujuk kepada Buku Panduan APEL untuk Pelajar (Bahagian V) di pautan http://www2.mqa.gov.my/APEL/

10) Berapakah tempoh proses penilaian APEL.A sehingga calon yang berjaya menerima sijil?

  1. Tempoh minimum DUA (2) bulan bagi calon Tahap 3, 4 dan 6 dari tarikh permohonan lengkap.
  2. Tempoh minimum TIGA (3) bulan bagi Tahap 7 dari tarikh permohonan lengkap.

11) Apakah komponen penilaian yang perlu dilalui oleh seorang calon APEL.A?

Tahap 3, 4 dan 6:
- Ujian Aptitud dan Portfolio.

Tahap 7:
- Ujian Aptitud, Portfolio dan Temu duga.

12) Apakah Struktur Ujian Aptitud yang perlu diambil oleh calon APEL.A?

Struktur Ujian Tahap 3 dan 4:
Nota: Pemohon mestilah menjawab 20 soalan dengan betul untuk lulus.



Struktur Ujian Tahap 6:
Nota: Pemohon mestilah memperolehi 50% dari ujian Aptitud untuk lulus.



Struktur Ujian Tahap 7:
Nota: Pemohon mestilah memperolehi 50% dari ujian Aptitud untuk lulus.

13) Apakah Pusat Penilaian APEL (PPA) dan tanggungjawab PPA?

PPA adalah PPT yang dilantik oleh MQA untuk menerima dan memproses sepenuhnya penilaian APEL.A bagi kemasukan ke program tahap 6 dan 7.

Sehingga kini sebanyak enam PPA yang telah dilantik oleh MQA iaitu:

  1. Open University Malaysia (OUM);
  2. Wawasan Open University (WOU);
  3. Universiti Utara Malaysia (UUM);
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM);
  5. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); dan
  6. Universiti Teknologi MARA (UiTM).

14) Adakah calon yang menjalani penilaian APEL.A di PPA hanya boleh melanjutkan pengajian di PPA tersebut sahaja?

Calon yang telah memperoleh sijil APEL.A MQA boleh melanjutkan pengajian di mana-mana PPT walaupun menjalani penilaian APEL.A di enam PPA tersebut.

15) Saya telah memohon APEL.A melalui laman web MQA dan memilih PPA untuk penilaian (A), apakah tindakan seterusnya yang perlu saya lakukan?

Pemohon akan menerima e-mel yang dijana secara automatik selepas mendaftar pada Portal APEL.A MQA. Tindakan seterusnya, pemohon perlu mendaftar semula dengan PPA di pautan yang disertakan di dalam e-mel tersebut.

16) Bagaimana saya hendak mengetahui skop Ujian Aptitud dan menyediakan Portfolio?

Skop Ujian Aptitud dan format penyediaan portfolio bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda boleh didapati pada Buku Panduan APEL. Sila rujuk http://www2.mqa.gov.my/APEL/APEL_A/handbook.html

17) Saya berminat untuk mengambil penilaian APEL.A dan melanjutkan pengajian di PPT pilihan saya. Bilakah masa yang sesuai saya harus memohon APEL.A?

Pemohon dinasihatkan memohon APEL.A sekurang-kurangnya ENAM (6) bulan sebelum tarikh kemasukan ke institusi pengajian tinggi pilihan.

18) Apakah Universiti Rakan (UR) dan tanggungjawab UR?

Universiti Rakan (UR) adalah pusat yang dilantik untuk mengendalikan UJIAN APTITUD bagi pihak MQA.

Sehingga kini sebanyak dua PPA yang telah dilantik oleh MQA iaitu:

  1. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM); dan
  2. Universiti Teknologi MARA (UiTM).