Tawaran Memasuki Jualan Sebut Harga Kenderaan


Last Updated : 08 May 2023

TAWARAN MEMASUKI JUALAN SEBUT HARGA KENDERAAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YBhg. Dato'/Prof. Dr./Tuan/Puan.

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.


2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) berhasrat untuk membuka jualan sebut harga satu unit kenderaan seperti maklumat berikut.

Bil. Keterangan Aset Kuantiti Harga Simpanan (RM)
1.

Proton Perdana 2.4L Executive
Nombor pendaftaran: W9911U
Warna: hitam
Tahun pendaftaran: 2014

1 unit RM32,500.00

3.      Sebut harga tersebut dibuka mulai 8 Mei 2023 hingga 22 Mei 2023 (15 hari). Bersama-sama ini dilampirkan kenyataan tawaran sebut harga KEW.PA-27 untuk rujukan pihak YBhg. Dato'/Prof. Dr./Tuan/Puan.


4.       Tawaran ini terbuka kepada orang perseorangan termasuk warga MQA, penjawat awam dari kementerian dan agensi/syarikat. Oleh yang demikian, sekiranya pihak YBhg. Dato'/Prof. Dr./Tuan/Puan berminat untuk menyertai sebut harga ini, pihak YBhg. Dato'/Prof. Dr./Tuan/Puan dijemput untuk mengemukakan permohonan pembelian secara sebut harga dengan menggunakan borang Sebut Harga Pelupusan Aset MQA (KEW.PA-28) yang boleh diperoleh di Kaunter Utama MQA di Aras 1.


5.       Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan ditanda nombor sebut harga 1/2023 (BP) dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat:

               Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
               Bangunan Mercu MQA
               No. 3539, Jalan Teknokrat 7, Cyber 5
               63000 Cyberjaya, Selangor


6.       Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak YBhg. Dato'/Prof. Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi urus setia seperti di bawah:


               Nama         : Puan Norafizah binti Abidin
               No. Telefon : 03-8688 3684
               E-mel          : norafizah@mqa.gov.my

               Nama         : Encik Mohd Yazid bin Mohd Zain
               No. Telefon : 03-8688 1968
               E-mel          : yazid@mqa.gov.my


 Sekian, terima kasih.


 BAHAGIAN PENTADBIRAN