SEPANG: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Ts. Mustapha Sakmud bertemu dengan para pengurusan tertinggi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 29 Januari lalu.
Diiringi Setiausaha Sulit Kanan, Encik Wan Zainuddin Ali Aspar, kunjungan beliau telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Dato' Prof. Mohammad Shatar Sabran.
Dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengurusan Tertinggi MQA, YB Timbalan Menteri telah menerima gambaran berkenaan pencapaian, hala tuju serta cabaran MQA dalam memastikan pendidikan tinggi negara sentiasa berada pada tahap kualiti terbaik dan relevan.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MQA, Puan Halinordina Mat Saat; Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA, Encik Mohamad Dzafir Mustafa; Pengarah Kanan (Akreditasi), Encik Mohd Khairul Nizam Ibrahim; Pegawai Tugas-tugas Khas (PTTK) Pejabat Timbalan Menteri, Encik Ahmad Farid Sainuri.