Pengenalan
Penilaian kesetaraan kelayakan adalah proses untuk menilai kelayakan peringkat tinggi (Sijil - PhD) dan memastikan kelayakan tersebut adalah setara dan selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).
Tujuan Penilaian
Tujuan penilaian ini ialah bagi membantu Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang berhasrat mengambil pelajar dengan kelayakan dari luar negara bagi kemasukan ke program pengajian yang lebih tinggi di Malaysia dan membantu pemohon untuk menilai taraf kelayakan bagi apa-apa tujuan yang berkaitan.
Selain itu, penilaian kesetaraan ini membantu PPT untuk mengenal pasti tahap program yang dianugerahkan oleh PPT atau mana-mana badan profesional atau badan persijilan sebelum kelayakan tersebut ditawarkan kepada pelajar.
Skop Penilaian
MQA menilai kesetaraan kelayakan pada peringkat tinggi Tahap 3 - 8 MQF bagi menentukan peringkat pengajian yang boleh dimohon oleh pemegang kelayakan.
MQA tidak membuat penilaian bagi:
- kesetaraan gred mata pelajaran; MQA tidak membuat perbandingan mata pelajaran bagi memenuhi syarat kelayakan masuk program tertentu.
- kesetaraan gred/skor/markah; PPT bertanggungjawab untuk mengkaji dan meneliti sistem gred/skor/markah sesuatu kelayakan bagi menyetarakan gred kelayakan tersebut dengan gred kelayakan di Malaysia.
Prinsip Kesetaraan Kelayakan
Proses penyetaraan kelayakan yang dibuat oleh MQA adalah membandingkan kelayakan dan tahap kerangka kelayakan di negara asal dengan tahap Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)
Penilaian kesetaraan kelayakan luar negara adalah berpandukan kepada prinsip berikut:
- Tahap kelayakan adalah peringkat tinggi iaitu selepas menamatkan peringkat menengah dan memasuki pengajian tinggi di negara asal.
- Kelayakan telah disahkan oleh badan autoriti jaminan kualiti di negara asal pemohon.
- Kesetaraan kelayakan dibandingkan dengan tahap 3 - 8 MQF.
Prosedur Permohonan Kesetaraan Kelayakan
Permohonan boleh dikemukakan berdasarkan kategori berikut:
- Badan yang yang diluluskan oleh pihak berautoriti di negara asal.
- Kelayakan yang dimohon akan dikendalikan secara kerjasama dengan PPT di Malaysia dan melalui proses Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh MQA sahaja; atau
- Badan yang mempunyai punca kuasa untuk menganugerahkan kelayakan berdasarkan akta penubuhan masing-masing.
- Kelayakan yang dimohon bertujuan untuk peningkatan kerjaya yang berbentuk Continuous Professional Development (CPD) dan tidak boleh digunakan sebagai kelayakan masuk/artikulasi ke mana-mana program/kelayakan berdasarkan tahap MQF.
- Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berikut:
- Borang NT 02
- Dokumen COPPA MQA.01
- Sampel bahan penilaian
- Contoh skrol atau sijil yang dianugerahkan
- Pengesahan kesetaraan kelayakan mengikut kerangka kelayakan di negara asal (sekiranya ada)
- Caj permohonan berjumlah RM1050 secara dalam talian (JomPAY).
i) Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT)
a) Permohonan Badan Persijilan Luar Negara
b) Permohonan Badan Berautoriti Dalam Negara
Nota:
Tarikh akhir penerimaan bagi permohonan NT02 adalah 8 minggu sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Nilai Taraf Kelayakan seterusnya dijangka bersidang.
- Pemohon telah menamatkan pengajian dengan kelayakan luar negara dan ingin menyambung pengajian di Malaysia atau apa-apa tujuan yang berkaitan.
- Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berikut:
- Borang NT 03
- Salinan Kad Pengenalan/ Passport
- Skrol dan transkrip kelayakan
- Sijil kelayakan peringkat menengah
- Silibus kelayakan (sekiranya perlu)
- Pengesahan kesetaraan kelayakan mengikut kerangka kelayakan di negara asal (sekiranya ada)
- Caj permohonan berjumlah RM1050 secara dalam talian (JomPAY).
ii) Individu
Nota:
Tarikh akhir penerimaan bagi permohonan NT03 adalah 3 minggu sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Nilai Taraf Kelayakan seterusnya dijangka bersidang.
Keputusan Nilai Taraf Kelayakan
Semua permohonan yang lengkap akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Nilai Taraf Kelayakan untuk diluluskan nilai taraf kelayakan tersebut.
Pemohon akan dimaklumkan keputusan melalui e-mel dalam tempoh 3 hari bekerja dan juga surat makluman dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh mesyuarat diadakan.
Terma & Peraturan
MQA tidak akan memulangkan caj permohonan bagi permohonan yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.
TAKWIM PERMOHONAN KESETARAAN KELAYAKAN PERINGKAT TINGGI TAHUN 2025
JENIS PERMOHONA N. |
Tarikh Permohonan Dibuka |
Tarikh Permohonan Ditutup |
Tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Nilai Taraf |
---|---|---|---|
NT02 | 6 Januari 2025 | 14 Februari 2025 | 21 April 2025 |
NT03 | 7 Mac 2025 | ||
NT02 | 22 April 2025 | 13 Jun 2025 | 19 Ogos 2025 |
NT03 | 4 Julai 2025 | ||
NT02 | 22 Ogos 2025 | 19 September 2025 | 14 November 2025 |
NT03 | 3 Oktober 2025 |
Nota:
- Tarikh permohonan dibuka merupakan tarikh bagi pemohon mengemukakan permohonan kepada MQA sama ada melalui e-mel esisraf@mqa.gov.my.
- Pemohon boleh mengisi borang permohonan sebelum tarikh permohonan dibuka, namun arahan pembayaran fi akan dimaklumkan secara e-mel selepas borang permohonan dengan pemakluman biller code bagi kaedah pembayaran secara JomPay.
- Hanya permohonan yang lengkap akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Nilai Taraf.
- Bagi borang permohonan permohonan tidak lengkap, ianya akan dibawa ke mesyuarat seterusnya.
- Tarikh mesyuarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
- Tiada pemulangan fi bagi permohonan yang tidak dapat diproses atau tidak lengkap.