SEPANG: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menerima kunjungan hormat National Agency for Academic Assesment and Accreditation (ANAAA), Timor Leste pada 22 Februari lalu.
Delegasi yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif ANAAA, Dr. Nilton D. Paiva Mau itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MQA, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran.
Dato' Mohammad Shatar berkongsi mengenai latar belakang, fungsi serta inisiatif MQA dalam menjaga kualiti pendidikan tinggi Malaysia kepada wakil kunjungan berkenaan.
Beberapa inisiatif kerjasama antara kedua-dua badan akreditasi turut dibincangkan selain pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan lagi jalinan hubungan antara agensi.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari; Penasihat Undang-Undang MQA, Puan Noor Ashikin Selamat; Penolong Pegawai Kualiti ANAAA, Encik Paulino Saldana; Pegawai Undang-undang ANAAA, Encik David da Costa; Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa, Encik Mohd Syafiq Mohd Nezar dan Puan Nur Izzah Zainal Abidin.