
SEPANG: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menerima kunjungan hormat Southeast Asian Ministers of Education Organization Regional Centre for Higher Education and Development (SEAMEO RIHED), Thailand pada 28 Februari lalu.
Delegasi yang diketuai oleh Pengarah Pusat SEAMEO RIHED, Prof. Madya Dr. Romyan Kosaikanont itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MQA, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran.
Pada pertemuan itu, MQA berkongsi mengenai inisiatif pendidikan fleksibel di negara ini terutama membabitkan kursus pendek bersifat micro-credentials kepada wakil SEAMEO RIHED.
Hadir sama, Pegawai Program Kanan SEAMEO RIHED, Cik Supansa Kajavong; Pegawai Program SEAMEO RIHED, Encik Yee Teng Low; Penolong Pengarah MQA International, Puan Annurul Asyiqin Md Yusop dan Puan Nur Izzah Zainal Abidin serta Pegawai Eksekutif MQA International, Cik Balqis Afiqah Azman.






