Choose Language:   Bahasa Melayu | English

Pemantauan, Semakan dan Penambahbaikan Kualiti Berterusan Program

PERUBAHAN MAKLUMAT PROGRAM

Dasar berkenaan dengan perubahan kurikulum adalah seperti berikut:

  1. Perubahan kurikulum mesti dibuat melalui proses yang teratur dan diluluskan oleh pihak berautoriti Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) seperti Senat Universiti atau Lembaga Akademik Kolej.

  2. Setiap perubahan yang dibuat perlu mencerminkan penamaan program dan PPT perlu menyatakan justifikasi berkaitan perubahan kurikulum.

  3. Setiap perubahan kurikulum hendaklah mengambil kira keperluan yang terdapat dalam standard program sekiranya berkaitan.

  4. Peratusan perubahan kurikulum yang diambil kira adalah secara KUMULATIF berdasarkan kurikulum asal seperti yang diluluskan.

  5. Perubahan kandungan kurikulum yang bersifat struktural melebihi 30% daripada kurikulum asal komponen teras, major, minor atau pengkhususan yang melibatkan pengguguran, penambahan atau penggantian kursus atau perubahan major Course Learning Outcomes (CLO) yang bukan editorial atau gabungan kedua-duanya, perlu dinilai semula oleh MQA. Caj penilaian akan dikenakan berdasarkan keperluan. Setelah kelulusan MQA diperolehi, pihak PPT perlu memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), KPT untuk kemaskini maklumat dalam surat kelulusan pengendalian program.

  6. Bagi perubahan kurikulum yang perlu dinilai semula oleh MQA, PPT hendaklah mengemukakan dokumen seperti berikut:
    1.   Justifikasi perubahan kurikulum;
    2.   Maklumat skema pengajian kurikulum program yang telah diluluskan;
    3.   Peratusan perubahan kurikulum dan jadual pemetaan kurikulum asal dan yang dipinda; dan
    4.   Maklumat terperinci silibus untuk semua kursus yang terlibat dengan perubahan.

Catatan:

  1. Perubahan kurikulum boleh berlaku tidak terhad kepada perubahan hasil pembelajaran, objektif program dan penamaan program sahaja. Perubahan juga boleh berlaku apabila pihak PPT membuat perubahan atau menambah kursus yang ditawarkan, perubahan nilai kredit, perubahan agihan atau jenis penilaian dan sebagainya. PPT perlu mempunyai polisi sendiri yang jelas berkaitan perubahan kurikulum ini. MQA tidak menentukan secara spesifik tentang kaedah pengiraan peratusan perubahan kurikulum.

  2. Penawaran komponen U1 bagi Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) tidak diambil kira memandangkan ia berlaku disebabkan oleh perubahan dasar semasa KPT.

  3. PPT yang berstatus swaakreditasi tidak perlu mengemukakan permohonan perubahan kurikulum kepada MQA kerana status tersebut membolehkan mereka melaksanakan perubahan kurikulum sendiri berdasarkan prosedur tertentu, kecuali bagi program badan profesional, perubahan kurikulum perlu mendapat pengesahan oleh badan profesional berkenaan.

Rujukan:

  1. Surat Makluman MQA Bil. 4/2018: MQA.100-1/7/2 Jilid 2 (7) bertarikh 8 Mac 2018 - Perubahan Maklumat Program
  2. Surat Makluman MQA Bil. 5/2013: MQA 07 Jilid 3 (88) bertarikh 29 Julai 2013 - Dasar Perubahan Kurikulum.

PPT perlu mendapatkan kelulusan. Sebarang perubahan yang dilakukan oleh PPT jika berbeza dengan Surat Kelulusan Pengendalian Program yang dikeluarkan oleh KPT atau pihak berautoriti yang berkenaan, PPT perlu mendapatkan kelulusan daripada JPT, KPT dan mengemukakan salinan kelulusan tersebut kepada MQA bagi tujuan kemaskini maklumat dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) dan rekod MQA.

Sekiranya perubahan yang dilaksanakan turut melibatkan struktur dan kandungan kurikulum yang melebihi 30%, maka perubahan tersebut perlu dihantar kepada MQA untuk dinilai semula.

Rujukan:
Surat Makluman MQA Bil. 4/2018: MQA.100-1/7/2 Jilid 2 (7) bertarikh 8 Mac 2018 - Perubahan Maklumat Program

Dibenarkan. MQA tidak menetapkan masa tertentu untuk PPT melaksanakan semakan dan membuat perubahan kurikulum. PPT boleh melaksanakan perubahan kurikulum berdasarkan kepada keperluan dan penambahbaikan kepada program yang ditawarkan.

Tidak perlu. Bagi perubahan kurikulum yang perlu dinilai semula oleh MQA, PPT hendaklah mengemukakan dokumen seperti berikut:

  1. Justifikasi perubahan kurikulum;
  2. Maklumat skema pengajian kurikulum program yang telah diluluskan;
  3. Peratusan perubahan kurikulum dan jadual pemetaan kurikulum asal dan yang dipinda; dan
  4. Maklumat terperinci silibus untuk semua kursus yang terlibat dengan perubahan.

Untuk makluman, peratusan perubahan kurikulum adalah dikira secara kumulatif berdasarkan kurikulum asal yang diluluskan. MQA tidak mempunyai format spesifik untuk pengiraan tersebut. PPT boleh menyediakan formula pengiraan sendiri.

Kohort pelajar yang telah berada dalam sistem boleh mengguna pakai struktur kurikulum seperti mana yang telah dinyatakan dalam surat tawaran pelajar atau perjanjian antara pelajar dan PPT.

Sekiranya PPT ingin melaksanakan struktur kurikulum baharu ke atas kohort sedia ada, PPT perlu memastikan ianya tidak membebankan dan berdasarkan persetujuan pelajar.