Choose Language:   Bahasa Melayu | English

Pemilihan dan Khidmat Sokongan Pelajar
1.  Kelayakan Masuk

Boleh. Graduan Sarjana Muda yang cemerlang boleh melanjutkan pengajian ke program Kedoktoran (Tahap 8 MQF) dengan mematuhi kriteria berikut:

  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda kelas Pertama atau setara; atau
  2. Mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.67 atau setara (sama ada dari program akademik atau TVET); dan
  3. Penilaian dalaman yang rapi; dan
  4. Mendapat kelulusan daripada Senat dan diterima sebagai calon candidacy program Kedoktoran. Pelajar hendaklah menunjukkan kemajuan yang bersesuaian semasa tempoh candidature tersebut.

Tiada exit award sekiranya gagal penuhi pencapaian tahap Kedoktoran.

Rujukan:

  1. Surat Pekeliling MQA Bil. 1/2021: MQA.100-1/7/1 Jld. 3 (14) bertarikh 24 Mac 2021 - Penggunaan Edisi Terkini Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran.
  2. Surat Pekeliling MQA Bil. 3/2019: MQA.100-1/7/1 Jld. 2 (21) bertarikh 17 Julai 2019 - Penambahbaikan Terhadap Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran.

Urusan conversion dari program Sarjana secara penyelidikan ke program Kedoktoran secara penyelidikan, adalah dalam tempoh satu tahun (within 1 year). Selepas 1 tahun, conversion Sarjana secara penyelidikan ke program Kedoktoran secara penyelidikan adalah tidak dibenarkan.

Tidak dibenarkan. Kelayakan CAT dan ACCA Foundation in Accountancy hanya boleh digunakan sebagai kelayakan masuk ke program Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) Qualification (Tahap 6 MQF) sahaja.

Tidak dibenarkan. Kelayakan LCCI (Tahap 1, 2 dan 3) adalah setara dengan kelayakan Sijil Tahap 3, MQF.

Penerimaan sijil APEL.A untuk kemasukan ke program badan profesional adalah bergantung kepada ketetapan/amalan badan profesional berkaitan.

Secara amnya kelayakan STAM dengan pangkat Jayyid boleh diterima masuk ke program Sarjana Muda. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada keperluan Standard Program atau badan profesional yang berkaitan.

Tidak dibenarkan. Pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan masuk seperti yang ditetapkan bagi sesuatu program.

Bridging programme bukan bertujuan untuk menggantikan syarat kelayakan masuk. Ia adalah untuk memantapkan kompetensi pelajar dalam kursus tertentu.

Rujukan
Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009-2020, Edisi Ketiga

Dibenarkan. Penggabungan bagi kelayakan yang setara adalah dibolehkan dengan syarat kelayakan tersebut perlu memenuhi keperluan syarat lulus seperti yang ditetapkan. Gabungan adalah terhad kepada dua kelayakan yang berbeza sahaja.

Rujukan
Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009-2020, Edisi Ketiga

Dibenarkan. Keputusan SPM boleh digabungkan tertakluk kepada ketetapan berikut:

  1. Penggabungan dua atau lebih keputusan SPM adalah dibenarkan bagi peperiksaan SPM sijil terbuka iaitu bermula tahun 2000 dan tiada had masa ditetapkan bagi penggabungan keputusan ini; dan
  2. Penggabungan keputusan SPM tidak dibenarkan bagi peperiksaan SPM sijil tertutup (sebelum tahun 2000) kecuali keputusan SPM sijil penuh digabung dengan keputusan SPM Julai atau SPM ulangan sahaja.

Rujukan
Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009-2020, Edisi Ketiga.

Tidak dibenarkan. Syarat kemasukan minimum untuk Diploma adalah memiliki SPM dengan tiga kepujian. Oleh itu, pelajar perlu memenuhi keperluan tersebut sebelum diterima masuk ke program Diploma.

Rujukan:
Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009-2020, Edisi Ketiga.

Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) adalah tidak setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, keputusan yang diperoleh dalam MPAK tidak boleh digunakan atau digabungkan dengan SPM untuk kemasukan ke program Pendidikan tinggi.

Dibenarkan. Pelajar telah memperolehi SPM dengan memenuhi syarat lulus mata pelajaran Sejarah. Keputusan yang diperoleh dalam Pernyataan Keputusan tahun 2018 boleh digabungkan dengan keputusan SPM tahun 2019 untuk mencukupkan syarat kemasukan ke program Diploma.

Pelajar tempatan boleh menggantikan keperluan kredit Bahasa Inggeris pada peringkat SPM dengan mengambil ujian kompetensi BI dan mencapai skor yang ditetapkan.

MQA hanya menerima pakai senarai Ujian Kompetensi Bahasa Inggeris yang telah dipersetujui oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu:

  1. MUET
  2. IELTS
  3. TOEFL iBT
  4. Pearson Test of English
  5. Cambridge English Qualifications and Tests
  6. ELS

Pihak PPT perlu merujuk kepada JPT bagi Ujian Kompetensi Bahasa Inggeris selain daripada yang disenaraikan.

Rujukan:

  1. Surat JPT: Syarat Kompetensi Bahasa Inggeris kepada Pelajaran Universiti Awam bertarikh 6 Mac 2023, no. ruj. JPT(A)1000/016/018/07 Jld.17(12).
  2. Surat JPT: Syarat Kompetensi Bahasa Inggeris kepada Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta bertarikh 6 Mac 2023, no. ruj. JPT/GS 1000/630 Jld. 3(12).

Ya, syarat kompetensi Bahasa Inggeris bagi pelajar antarabangsa adalah syarat kemasukan (entry requirement). Syarat ini perlu dipatuhi sebelum pelajar mengikuti program pengajian utama.

Syarat Kompetensi Bahasa Inggeris untuk pelajar antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam standard program boleh dikecualikan bagi situasi berikut:

  1. Pelajar antarabangsa yang berasal daripada negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi; atau
  2. Pelajar antarabangsa yang menggunakan kelayakan akademik dari institusi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sepenuhnya dan bercadang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Malaysia.

Rujukan:

  1. Surat JPT: Syarat Kompetensi Bahasa Inggeris kepada Pelajaran Universiti Awam bertarikh 6 Mac 2023, no. ruj. JPT(A)1000/016/018/07 Jld.17(12).
  2. Surat JPT: Syarat Kompetensi Bahasa Inggeris kepada Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta bertarikh 6 Mac 2023, no. ruj. JPT/GS 1000/630 Jld. 3(12).

Individu yang memiliki taraf Pemastautin Tetap dan diberikan kad pengenalan yang berkaitan oleh Kerajaan Malaysia boleh dikecualikan daripada memenuhi 'Syarat Kompetensi Bahasa Inggeris kepada Pelajar Antarabangsa'.

  1. Pengecualian syarat kompetensi Bahasa Inggeris kepada pelajar antarabangsa dari negara Indonesia, Brunei, Singapura dan Selatan Thailand yang mengikuti program pengajian yang menggunakan bahasa yang serumpun dengan Bahasa Melayu; atau

  2. Pelajar antarabangsa yang menggunakan kelayakan akademik dari institusi yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar sepenuhnya dan bercadang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di Malaysia.


Rujukan:
Surat Makluman MQA Bil. 5/2023 - Kelonggaran Syarat Kompetensi Bahasa Inggeris Kepada Pelajar Antarabangsa Yang Mengikuti Program Pengajian Yang Dilaksanakan Sepenuhnya Dalam Bahasa Melayu Di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Di Malaysia bertarikh 20 Julai 2023, no. ruj. MQA.100-1/7/2 Jld. 5 (32).

Bagi pelajar yang menggunakan laluan APEL.A (memiliki Sijil APEL.A) untuk kemasukan ke program pendidikan tinggi, keperluan syarat kompetensi Bahasa Inggeris adalah tertakluk kepada Senat PPT.

Berdasarkan kepada Prinsip Artikulasi TVET, bagi calon pelajar yang menggunakan kelayakan SKM Tahap 3 untuk mengikuti program Diploma, PPT tidak perlu melihat kelayakan SPM termasuk keperluan mata pelajaran yang ditetapkan.

Namun, PPT bertanggungjawab untuk memastikan pengambilan pelajar dengan kelayakan SKM melaksanakan program pengukuhan yang bersesuaian.

Rujukan:

  1. Pekeliling MQA Bil. 9/2019 bertarikh 30 Ogos 2019: Pelaksanaan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal TVET: Penambahbaikan Laluan Pendidikan Graduan TVET.
  2. Surat JPT - Kemasukan Pelajar Lulusan SKM (Tahap 3 MQF) ke Diploma (Tahap 4 MQF) atau yang Setara Dengannya di IPTS bertarikh 8 Januari 2021, no. ruj.: JPT/GS 1000-606 Jld. 2 (37)

Kelayakan yang tidak disenaraikan di dalam surat kelulusan boleh dipertimbangkan untuk kemasukan sekiranya telah disetarakan dengan kelayakan yang tersenarai. Maklumat kesetaraan boleh dirujuk dalam The List of Entry Qualifications for International Students.

Program Foundation yang telah mendapat Akreditasi MQA, IPT penerima sama ada awam/swasta boleh mempertimbangkan untuk membuat pengambilan pelajar berdasarkan keperluan kelayakan masuk untuk program Sarjana Muda yang telah ditetapkan. Bagi kemasukan ke program di bawah seliaan Badan Profesional, ianya tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Badan Profesional yang berkenaan.


2.   Pindah Kredit
Pindah kredit boleh dilakukan dalam dua kategori seperti berikut:
  1. Vertical
    Pemindahan kredit daripada peringkat rendah ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, pemindahan kredit daripada program Diploma (Tahap 4, MQF) ke program Sarjana Muda (Tahap 6, MQF).

  2. Horizontal
    Pemindahan kredit daripada program di tahap yang sama. Sebagai contoh, pemindahan kredit daripada ke program Sijil ke Sijil (Tahap 3, MQF), program Diploma ke Diploma (Tahap 4, MQF), program Sarjana Muda ke Sarjana Muda (Tahap 6, MQF).

Rujukan:
Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009 - 2020, Edisi Ketiga

Pindah kredit secara horizontal dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat umum pindah kredit seperti berikut:
  1. Gred lulus - gred minimum iaitu gred C;
  2. Nilai kredit - sama dengan nilai kredit kursus di IPT/ program menerima;
  3. Kesetaraan kurikulum kursus - tidak kurang 80%; dan
  4. Kursus yang boleh dipindahkan kredit hendaklah daripada program yang telah mendapat perakuan akreditasi (termasuk akreditasi sementara) / diiktiraf oleh badan berautoriti di negara berkenaan (sekiranya melibatkan kelayakan luar negara).

Pemindahan kredit horizontal adalah tertakluk kepada syarat tempoh pemastautin di PPT penerima sekiranya melibatkan PPT berbeza.

Rujukan:
Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009 - 2020, Edisi Ketiga

Sekiranya program tersebut diambil di PPT yang sama, tiada had pemindahan kredit, namun tertakluk kepada syarat-syarat umum pindah kredit yang ditetapkan.
Sekiranya program yang ingin diikuti di PPT yang berbeza, pemindahan kredit tertakluk juga kepada syarat permastautin pelajar (residential year) seperti berikut:
  • Sarjana / PhD: 1 semester
  • Sarjana Muda: 1 semester
  • Diploma / Sijil: 1 semester

Rujukan:
Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009 - 2020, Edisi Ketiga

Pindah kredit secara vertical dibenarkan bagi peringkat sijil ke diploma sehingga maksimum 30% daripada jumlah kredit bergraduat program yang akan diikuti. Pelaksanaan pindah kredit perlu mematuhi syarat umum pindah kredit yang ditetapkan.

Rujukan:
Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009 - 2020, Edisi Ketiga.

Pelajar yang memiliki kelayakan Advanced Diploma (Tahap 5, MQF) dan turut memiliki kelayakan Diploma (Tahap 4 MQF) boleh dipertimbangkan pemindahan kredit sehingga maksimum dua tahun pengajian program Sarjana Muda (Tahap 6, MQF). Pemindahan kredit adalah berdasarkan kepada pemetaan kursus dan mematuhi syarat umum pindah kredit.

Rujukan:
Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009 - 2020, Edisi Ketiga

Tidak dibenarkan, kerana program Foundation merupakan program persediaan khusus untuk kemasukan ke program Sarjana Muda (Tahap 6, MQF).

Secara umum, program mobiliti membolehkan pelajar yang sedang mengikuti suatu program dan dalam masa yang sama mengambil beberapa kursus di PPT lain berdasarkan kepada 'arrangement' pindah kredit yang jelas antara PPT yang terlibat.

Pemindahan kredit bagi program mobiliti perlu mematuhi dasar pindah kredit horizontal iaitu syarat umum pindah kredit dan tempoh pemastautin.

Syarat-syarat pelaksanaan program mobiliti adalah seperti berikut:

  1. Transkrip pelajar hendaklah menyatakan kursus yang melibatkan pindahan kredit daripada PPT lain;
  2. Program yang disertai oleh pelajar telah diiktiraf atau mendapat Akreditasi di negara yang berkenaan; dan
  3. Silibus, struktur dan cara pemindahan kredit bagi satu-satu program akademik yang ditawarkan telah diselaraskan di antara PPT yang berkaitan.

Rujukan:
Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009 - 2020, Edisi Ketiga.

Pemindahan kredit secara horizontal termasuk kursus MPU boleh dilaksanakan bagi program mobiliti antara PPT dalam negara. Pemindahan kredit adalah tertakluk kepada syarat umum pindah kredit, tempoh pemastautin dan 'arrangement' yang telah dipersetujui antara PPT terlibat.

Pemindahan kredit tidak dibenarkan bagi pelajar yang gagal program.

Rujukan:
Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009 - 2020, Edisi Ketiga.

Ketetapan adalah seperti berikut:

  1. Kursus yang sama tahap dengan tahap program;
  2. Sekiranya program yang terlibat adalah program kerjasama, maka kursus tersebut boleh diambil sama ada dari program-program yang ditawarkan rakan kerjasama, atau dari program-program kerjasama yang lain; dan
  3. Kursus kokurikulum boleh dipertimbangkan;

Kursus berkaitan boleh diambil dari program yang telah mendapat Akreditasi Sementara atau Akreditasi Penuh.

Rujukan:
Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009 - 2020, Edisi Ketiga.

Pindah kredit maksimum 50% yang dibenarkan secara vertikal adalah tidak termasuk Latihan Industri kerana hasil pembelajaran Latihan Industri bagi setiap tahap program adalah berbeza.

Secara dasar, pindah kredit dari peringkat Sarjana Muda (Tahap 6 MQF) ke Sarjana (Tahap 7 MQF) adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, fleksibiliti telah diberi melalui pelaksanaan Program Integrasi Ijazah Sarjana Muda ke Sarjana. Secara ringkasnya, IPT boleh menawarkan kursus teras program Sarjana sebagai kursus elektif bebas di dalam program Sarjana Muda. Fleksibiliti ini bagi membolehkan pelajar membuat pemindahan kredit apabila menyambung pengajian ke peringkat Sarjana kelak. Syarat-syarat dan kriteria pelaksanaan boleh dirujuk dengan lebih lanjut dalam Surat Makluman MQA Bil. 6/2019


Rujukan:
Surat Makluman MQA Bil. 6/2019: MQA.100-1/7/2 Jld. 2 (22) bertarikh 17 Julai 2019 - Program Integrasi Sarjana Muda Tahap 6 MQF dan Sarjana Tahap 7 MQF.

Dibenarkan dan perlu mematuhi dasar pindah kredit semasa iaitu berasaskan kepada pemetaan kursus dan mematuhi syarat umum pindah kredit yang ditetapkan.

Rujukan:
Surat JPT: Kemasukan Pelajar Lulusan SKM (Tahap 3 MQF) ke Peringkat Diploma (Tahap 4 MQF) atau yang setara dengannya di IPTS bertarikh 8 Januari 2021, no. ruj. JPT/GS 1000-606 Jld. 2 (37)

Dibenarkan. Pindah kredit bagi kursus yang mempunyai nilai kredit lebih tinggi ke nilai kredit lebih rendah seperti contoh 4 kredit kepada 3 kredit dengan mematuhi syarat pindah kredit yang ditetapkan.

Gabungan kursus bagi tujuan pindah kredit adalah dibenarkan. Sebagai contoh, kursus A (3 kredit) + kursus B (3 kredit) dipindahkan ke kursus yang bernilai 4 kredit adalah dibenarkan.

Nota:
Kursus yang telah digunakan untuk pemindahan kredit tidak boleh digunakan kali kedua untuk kursus lain.