Pembangunan dan Penyampaian Program
1. Sistem Semester
Dasar Sistem Semester menetapkan bahawa:
- Sesi pengambilan pelajar adalah berdasarkan kepada bilangan sesi/semester yang ditawarkan dalam satu tahun pengajian; dan
- Maksimum bilangan sesi/semester bagi satu tahun pengajian adalah 3 sesi/semester.
Sebagai penambahbaikan, bagi program pascasiswazah secara kerja kursus dan mod campuran dengan struktur modular, pengambilan pelajar boleh dilaksanakan berdasarkan kepada bilangan blok penawaran dalam 1 tahun pengajian. Maksimum bilangan blok yang dibenarkan dalam satu tahun pengajian adalah 5 blok.
Rujukan:
- Surat Makluman MQA Bil. 12/2021: MQA.100-1/7/2 Jld. 4 (10) bertarikh 30 September 2021 - Bilangan Sesi Pengambilan Pelajar Dalam Satu Tahun Pengajian Bagi Program Pascasiswazah Dengan Struktur Modular.
- Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009 - 2020, Edisi Ketiga
Dibenarkan. Mengambil kira pelaksanaan program yang tidak terikat kepada sistem semester, maka pengambilan pelajar program Sarjana dan Kedoktoran secara Penyelidikan adalah dibenarkan mengikut kesesuaian program dan penyelidikan yang akan dilaksanakan.
Rujukan:
Surat Makluman MQA Bil. 10/2019: MQA.100-1/7/2 Jld. 2 (05) bertarikh 27 November 2019 - Surat Makluman Berkenaan Pengecualian Bilangan Maksimum Pengambilan Pelajar Bagi Program Sarjana dan Kedoktoran Secara Penyelidikan.
Bilangan penawaran kursus dan maksimum jumlah kredit dalam setiap semester adalah tertakluk kepada bilangan minggu pengajian dalam semester tersebut. Bagi program sepenuh masa dengan semester lazim 17 minggu, maksimum jumlah kredit yang dibenarkan adalah 20 kredit. Jumlah kredit maksimum akan berkurang sekiranya PPT menggunakan sistem semester kurang daripada 17 minggu pengajian*.
Nota:
*minggu pengajian merangkumi minggu ulang kaji dan minggu peperiksaan.
Rujukan:
Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009 - 2020, Edisi Ketiga
Untuk makluman beban kredit yang dibenarkan bagi program separuh masa adalah kurang 60% daripada jumlah kredit sepenuh masa.
Contoh:
20 kredit dengan 17 minggu pengajian per semester. 60% daripada 20 kredit adalah 12 kredit. Kredit maksimum per semester akan berkurang sekiranya PPT menggunakan sistem semester kurang daripada 17 minggu pengajian.
Nota:
minggu pengajian merangkumi minggu ulang kaji dan minggu peperiksaan.
Rujukan:
Surat Makluman MQA Bil. 3/2018: MQA.100-1/7/2 Jld. 2 (6) bertarikh 14 Februari 2018 - Takrifan Kaedah Pengajian dan Kaedah Penyampaian Program Pendidikan Tinggi.
Tidak dibenarkan. Pengendalian program Foundation perlu mematuhi syarat minimum seperti berikut:
- Beban pembelajaran pelajar bagi setahun pengajian adalah maksimum sebanyak 50 kredit;
- Tempoh minimum pengendalian program adalah setahun dan jumlah kredit bergraduat minimum 50 kredit; dan
- Pengendalian program tidak melebihi 43 minggu setahun (termasuk minggu peperiksaan dan ulang kaji).
Rujukan:
Surat Makluman MQA Bil. 2/2013: MQA 07 Jld. 3 (82) bertarikh 21 Januari 2013 - Pengendalian Program Foundation
Ketetapan tempoh maksimum bagi sesuatu program pengajian adalah di bawah polisi PPT masing-masing. MQA hanya menetapkan tempoh minimum sesuatu program pengajian sahaja.
2. Kredit dan Student Learning Time (SLT)
Penetapan nilai kredit sesuatu kursus adalah bergantung kepada pengiraan Student Learning Time (SLT). Lazimnya nilai kredit yang sesuai adalah antara 3 hingga 4 kredit bagi pembelajaran yang melibatkan aktiviti kuliah, tutorial, tugasan dan peperiksaan. Nilai kredit yang besar memerlukan tambahan kepada elemen amali/praktikal, hands on dan sebagainya.
3. Penamaan Program
Penamaan pada skrol pelajar perlu mematuhi sebagaimana yang dinyatakan di dalam Surat Kelulusan Pengendalian Program oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Penamaan yang sama juga akan digunakan di dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR).
Pada dasarnya, Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) tidak membezakan kelayakan yang menggunakan 'Kepujian' atau 'tanpa Kepujian' dengan syarat program tersebut memenuhi deskripsi yang ditetapkan bagi Tahap 6 MQF.
PPT diberi pilihan untuk menggunakan 'Kepujian'/ 'Honours' pada nama program yang lazimnya digunakan untuk program Sarjana Muda (Tahap 6 MQF). Walau bagaimanapun, bagi program yang melibatkan badan profesional, PPT hendaklah mematuhi ketetapan badan profesional yang berkaitan.
Maklumat lanjut berkaitan penggunaan 'Kepujian' dalam penamaan program sarjana muda boleh dirujuk dalam Advisory Notes MQA Bil. 3/2021 - Penggunaan Kepujian dalam Penamaan Program Sarjana Muda, Tahap 6 MQF.
4. Program Kerjasama
Tidak dibenarkan. Skrol yang dikeluarkan perlu sama dengan PPT Induk sebagai franchisor dan badan yang menganugerah kelayakan tersebut. Maklumat lokasi program dijalankan boleh dinyatakan pada transkrip pelajar atau diploma supplement/ qualification statement yang dikeluarkan oleh PPT Induk atau Malaysian Qualification Statement (MQS) yang dikeluarkan oleh PPT tempatan.
Rujukan:
Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009 - 2020, Edisi Ketiga.
Tidak dibenarkan. PPT hanya boleh memfrancaiskan program yang sedang ditawarkan, masih dalam tempoh kelulusan pengendalian program dan masih dalam tempoh akreditasi penuh serta pelajar telah bergraduat dalam program berstatus akreditasi penuh.
Rujukan:
Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi 2009 - 2020, Edisi Ketiga
5. Degree Transfer Programme (DTP)
Tidak layak. Pelajar hanya akan mendapat sijil statement of completion/certificate of completion
Nota:
Degree Transfer Programme (DTP) merupakan satu bentuk program yang dibangunkan khusus untuk membolehkan pelajar membuat pemindahan kredit secara horizontal ke lnstitusi Pengajian Tinggi Luar Negara (IPTL) bagi melengkapkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda. Program ini tidak boleh dianggap sebagai satu kelayakan penuh Sarjana Muda [Tahap 6 Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)].
Rujukan:
Surat Makluman MQA Bil. 5/2020: MQA.100-1/7/2 Jld. 3 (10) bertarikh 20 Julai 2020 - Penawaran DTP.
6. Latihan Industri
Merujuk kepada Dasar Latihan Industri yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada tahun 2010, tempoh Latihan Industri adalah bergantung kepada program pengajian dan juga PPT yang melaksanakannya. Dicadangkan supaya tempoh terkumpul bagi Latihan Industri tidak kurang daripada tiga bulan atau tempoh yang ditetapkan oleh mana-mana badan profesional, standard program dan berdasarkan keperluan program yang ditawarkan.
Secara umum, pengiraan Latihan Industri adalah berdasarkan kepada pengiraan Effective Learning Time (ELT) iaitu 1 kredit bersamaan 2 minggu. Sebagai contoh, Standard Program Perakaunan menetapkan minimum 8 kredit Latihan Industri bagi program Sarjana Muda. Justeru, tempoh bagi 8 kredit Latihan Industri adalah 16 minggu.
Rujukan:
- Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), 2010.
- Standard Program
Tidak dibenarkan. Secara amnya, 1 kredit Latihan Industri bersamaan dengan 2 minggu. Sehubungan itu, sekiranya Latihan Industri dijalankan selama 4 bulan (16 minggu), maka nilai kredit bagi Latihan Industri adalah 8 kredit mengikut ketetapan 1 kredit bersamaan 2 minggu.
Pada amnya, semua pelajar (sama ada separuh masa atau sepenuh masa) wajib memenuhi keperluan LI yang ditetapkan. Oleh itu, pelajar yang sedang bekerja sekurang-sekurangnya mempunyai pengalaman selama 5 tahun dalam bidang yang sama dengan bidang program yang diikuti dan terbukti mempunyai tahap kepakaran atau kemahiran yang setara dengan LI yang dijalankan adalah dibenarkan untuk menjalani LI di tempat pelajar bekerja.
Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar tersebut telah mempunyai pengalaman bekerja terdahulu yang memenuhi hasil pembelajaran kursus LI yang ditetapkan dalam program yang diikuti, maka pengecualian LI boleh diberikan, namun pelajar perlu mengambil kursus lain atau melaksanakan projek yang bersesuaian dengan bidang dan mempunyai nilai kredit yang sama.
Rujukan:
Surat Makluman MQA Bil. 2/2018: MQA.100-1/7/2 Jilid 2 (5) bertarikh 14 Februari 2018 - Penggantian Latihan Industri (LI) Dengan Komponen Lain Kurikulum bagi Pelajar Separuh Masa
Latihan Industri boleh ditawarkan secara bersekali dengan kursus-kursus lain dalam satu semester. Dalam situasi ini, pelajar perlu menyelesaikan pengambilan kursus-kursus lain dalam semester tersebut sebelum melaksanakan Latihan Industri. Latihan Industri memerlukan peruntukan masa yang khusus berdasarkan keperluan suatu program.
Walau bagaimanapun, dalam situasi tertentu pelaksanaan Latihan Industri perlu dilaksanakan dalam semester khusus berdasarkan keperluan Standard Program yang berkaitan.