Choose Language:   Bahasa Melayu | English




KUALA LUMPUR: Bahagian Audit Institusi, Agensi Kelayakan Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Semakan (MJS) Khas II pada 8 - 10 September 2023.

Mesyuarat tersebut adalah bertujuan untuk menjalankan saringan akhir ke atas 147 program yang telah menjalani proses penilaian Pematuhan Akreditasi sebelum program dibentang ke Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi.

Seramai 12 pegawai yang bertanggungjawab memproses permohonan tersebut berjaya membentangkan keseluruhan program kepada 10 orang kourum MJS Khas II yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Akreditasi (Sains Sosial) MQA, Puan Zakiah Abdul Wahab dan Bahagian Akreditasi (Sains dan Perubatan) MQA, Encik Abdul Saman Taip.

Penganjuran MJS Khas ini dilaksanakan bagi melancarkan proses Penilaian Pematuhan Akreditasi Program dan selari dengan budaya pecutan yang dilaksanakan oleh MQA.