Choose Language:   Bahasa Melayu | English

MESYUARAT JAWATANKUASA AKREDITASI

Berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 9, Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679], Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menubuhkan Jawatankuasa Akreditasi yang terdiri daripada Bidang Sains dan Bidang Sastera.

Jawatankuasa Akreditasi bertanggungjawab menerima, menilai dan menganalisis laporan penilaian bagi permohonan Akreditasi Sementara serta Akreditasi Penuh program daripada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT). Setelah meneliti laporan penilaian, Jawatankuasa Akreditasi akan memperakukan sama ada untuk memberi, menolak atau membatalkan Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh program.

MQA telah melantik sejumlah 26 orang iaitu 13 orang bagi setiap bidang bagi menganggotai Jawatankuasa Akreditasi yang terdiri daripada ahli akademik, wakil agensi dan industri.

Pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi (MJA) pada tahun 2025 adalah seperti di bawah:



TAKWIM MESYUARAT JAWATANKUASA AKREDITASI (MJA) TAHUN 2025

Bilangan MJA Tarikh Bidang Sains Bidang Sastera Tempat
Bilangan 1
Tahun 2025
21 Januari 2025
(Selasa)
2.30 petang – 5.30 petang 10.00 pagi – 1.00 tengah hari MQA
Bilangan 2
Tahun 2025
25 Februari 2025
(Selasa)
10.00 pagi - 1.00 tengah hari 2.30 petang - 5.30 petang MQA
Bilangan 3
Tahun 2025
25 Mac 2025
(Selasa)
10.00 pagi – 1.00 tengah hari 2.30 petang – 5.30 petang MQA
Bilangan 4
Tahun 2025
29 April 2025
(Selasa)
2.30 petang - 5.30 petang 10.00 pagi - 1.00 tengah hari MQA
Bilangan 5
Tahun 2025
27 Mei 2025
(Selasa)
2.30 petang - 5.30 petang 10.00 pagi – 1.00 tengah hari MQA
Bilangan 6
Tahun 2025
01 Julai 2025
(Selasa)
10.00 pagi - 1.00 tengah hari 2.30 petang - 5.30 petang MQA
Bilangan 7
Tahun 2025
29 Julai 2025
(Selasa)
10.00 pagi - 1.00 tengah hari 2.30 petang – 5.30 petang MQA
Bilangan 8
Tahun 2025
26 Ogos 2025
(Selasa)
2.30 petang - 5.30 petang 10.00 pagi - 1.00 tengah hari MQA
Bilangan 9
Tahun 2025
30 September 2025
(Selasa)
2.30 petang - 5.30 petang 10.00 pagi - 1.00 tengah hari MQA
Bilangan 10
Tahun 2025
28 Oktober 2025
(Selasa)
10.00 pagi - 1.00 tengah hari 2.30 petang - 5.30 petang MQA
Bilangan 11
Tahun 2025
25 November 2025
(Selasa)
10.00 pagi – 1.00 tengah hari 2.30 petang - 5.30 petang MQA
STATISTIK MJA

STATISTIK

MESYUARAT JAWATANKUASA AKREDITASI (MJA) BILANGAN 01 TAHUN 2025

22 JANUARI 2025 (SELASA)



Keputusan MJA KATEGORI
Lulus Kekal Akreditasi Penuh Tolak Batal Perakuan Akreditasi Sementara Batal Akreditasi Penuh Tangguh
Akreditasi Penuh (FA) 166 - 3 - - -
Akreditasi Sementara (PA) 44 - 1 - - -
Pematuhan Akreditasi (CA) - 10 - - 5 -



MAKLUMAN KEPADA PEMBERI PENDIDIKAN TINGGI (TARIKH KEMAS KINI: 27 NOVEMBER 2024)


1.    Siaran keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi ini akan disusuli dengan surat rasmi keputusan MQA kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT).


2.   Selain program profesional, jika PPT ingin membuat / memfailkan / mengemukakan rayuan terhadap keputusan Tolak atau Batal Akreditasi (Sementara atau Penuh), rayuan boleh dikemukakan kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi dan disalinkan kepada Agensi Kelayakan Malaysia dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyerahan surat rasmi keputusan MQA tersebut.



Bil. Tajuk Muat Turun
1. MJA Bil. 01 Tahun 2025 (22 JANUARI 2025) - Bidang Sains (Kejuruteraan dan Teknologi)
2. MJA Bil. 01 Tahun 2025 (22 JANUARI 2025) - Bidang Sains (Sains dan Perubatan)
3. MJA Bil. 01 Tahun 2025 (22 JANUARI 2025) - Bidang Sastera (Sastera dan Kemanusiaan)
4. MJA Bil. 01 Tahun 2025 (22 JANUARI 2025) - Bidang Sastera (Sains Sosial)

ARKIB KEPUTUSAN MJA 2024

1.   PERAKUAN AKREDITASI SEMENTARA

MQA telah membuat penambahbaikan dalam proses jaminan kualiti MQA dengan memansuhkan pengeluaran Surat Perakuan Memenuhi Keperluan Kualiti (CQC) dalam proses mendapatkan Akreditasi Sementara. Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) telah dimaklumkan berkenaan penambahbaikan proses ini melalui Surat Makluman MQA Bil. 5/2015 [Ruj. MQA.100-1/7/2 (16)] bertarikh 23 Disember 2015. Sehubungan itu, MQA akan mengeluarkan surat Perakuan Akreditasi Sementara bagi program yang telah diluluskan Akreditasi Sementara berkuatkuasa mulai Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi (MJA) Bil. 1/2016.

Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Perakuan Akreditasi Sementara oleh pihak PPT boleh dimuat turun di sini.


Bil. Tajuk Muat Turun
1. Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Perakuan Akreditasi Sementara
Tarikh Kemaskini: 28 Disember 2023

2.    SIJIL PERAKUAN AKREDITASI

Bagi urusan pengeluaran Sijil Perakuan Akreditasi, PPT dikehendaki mengisi Borang SPS 01 secara dalam talian melalui sistem e-Semakan Permohonan.