SEPANG: Bersempena dengan bulan Ramadan penuh berkat, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menjemput Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid untuk berkongsi ilmu di Mercu MQA.
Perkongsian yang bertajuk 'Barakah Ramadan: Menggapai Rahmat, Mendamba Magfirah' mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada warga MQA.
Pada majlis itu, Habib Ali berkongsi berkenaan keistimewaan bulan Ramadan dan menekankan mengenai kepentingan serta khasiat doa.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MQA Halinordina Mat Saat; Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA, Mohamad Dzafir Mustafa dan Pengarah Kanan (Akreditasi), Mohd Khairul Nizam Ibrahim.