SEPANG: Kelab Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menyerahkan Sumbangan Perayaan, Sumbangan MADANI KMQA, sampul raya dan Hadiah Hari Lahir 2024 kepada semua ahlinya.
Pengerusi KMQA, Encik Mohd Imran Nul Hakim Derasip berkata, penyerahan itu ialah simbolik tradisi tahunan MQA untuk memberikan sesuatu yang bermakna buat ahli KMQA terutama dalam bulan Ramadan.
Katanya, sumbangan berkenaan sedikit sebanyak akan memberi keceriaan buat ahli KMQA dalam persediaan mereka menyambut Syawal yang bakal menjelang tiba.
"Inisiatif ini merupakan sokongan daripada pengurusan tertinggi MQA dan usaha keras Ahli Jawatankuasa (AJK) KMQA Sesi 2022/2023 sebelum menyerahkan tugas kepada barisan AJK baharu sesi 2024/2025 selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ketiga hari ini," katanya.
AGM KMQA kali ketiga menyaksikan Mohd Imran Nul Hakim mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi selepas undian ahli. Jawatan Timbalan Pengerusi dimenangi oleh Encik Mohd Asuwad Asli; Setiausaha, Puan Sarifah Noor Azian Syed Yasin dan Bendahari, Puan Marziawani Othman.
Mesyuarat yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MQA, Puan Halinordina Mat Saat; Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA, Encik Mohamad Dzafir Mustafa dan Presiden Kelab Sukan MQA, Encik Mohd Fairuz Abu Samah.