14 November 2024 – Seramai 30 orang warga MQA menghadiri Majlis Sambutan Hari Integriti Nasional Peringkat KPT 2024 di Dewan Za’ba, KPT, Putrajaya. Buat julung kalinya Unit Integriti dan Penguatkuasaan (UIP) MQA menerima jemputan daripada Unit Integriti (UI) KPT untuk berkolaborasi dalam menjayakan majlis seumpama ini.
MQA mengambil bahagian bagi urusan sambutan, liaison officer (LO), pendaftaran, pengacara majlis, pembaca Ikrar Rukun Negara, pembaca doa, pembaca Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan peserta majlis.
Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md. Amir (Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Pembangunan mewakili Ketua Setiausaha Pendidikan Tinggi), YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda binti Azman (Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi), YBrs. Tuan Nazli Rasyid bin Hj. Sulong (mewakili Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), YBrs. Encik Norhushaffiz bin Hussin (Ketua Unit Integriti KPT), YBrs. Encik Kamarul Bakri bin Abd Aziz (Ketua UIP MQA), YBrs. Ts. Md. Adha bin Rahmat (Wakil Ketua Pegawai Eksekutif Sirim QAS International Sdn. Bhd.), Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi KPT serta Pegawai-Pegawai KPT, Jabatan dan Agensi KPT.
Majlis ini menyaksikan Sesi Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah, Sesi Pelancaran Buku Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR 2.0), Sesi Penganugerahan Sijil Anti-Bribery Management System (ABMS) MS ISO 37001:2016 kepada KPT dan diakhiri dengan Sesi Wacana Integriti: “Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam” yang disampaikan oleh TPR Puan Aznika binti Mohd Anas, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM.
“Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi”. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.