Choose Language:   Bahasa Melayu | English




Bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara pada 14 Oktober 2023, MQA memulakan inisiatif sihat dengan penganjuran MQA Fun Aerobic 2023 di Mercu MQA.

Selain Senamrobik Santai melibatkan semua warga MQA, program setengah hari anjuran Bahagian Pentadbiran (BP) itu turut dimeriahkan dengan Pertandingan Senamrobik Antara Bahagian/Unit dan juga Ceramah Kesihatan bertajuk 'Pengurusan Diet dan Pemakanan Sihat' oleh Dr. Norman Norawi.

Pertandingan Senamrobik Antara Bahagian/Unit diungguli oleh Pasukan Iron Kingdom daripada Bahagian Pentadbiran diikuti tempat kedua oleh Pasukan Fit Wannabe daripada Bahagian Akreditasi Kejuruteraan dan Teknologi, manakala pasukan Anak Dugong daripada Bahagian Audit Institusi di tempat ketiga.

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, program itu dianjurkan bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat di samping mengeratkan jalinan ukhuwah dalam kalangan warga.