
Huruf MQA yang terletak di tengah lingkaran sabit adalah simbolik kepada bulatan glob yang melambangkan pendidikan berkualiti tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Imej glob yang membentuk huruf 'Q' membawa maksud sebuah organisasi jaminan kualiti pengajian tinggi yang berwibawa dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Nama Agensi Kelayakan Malaysia dan Malaysian Qualifications Agency yang terletak di bawahnya adalah bagi menunjukkan sokongan padu ke arah kecemerlangan pendidikan yang bertaraf dunia.
Warna merah menggambarkan suasana dinamik dan usaha yang gigih dan berterusan untuk mencapai pendidikan berkualiti.
Warna biru adalah sebagai tanda kemantapan, telus dan kesungguhan.