MESYUARAT JAWATANKUASA AKREDITASI
Berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 9, Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679], Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menubuhkan Jawatankuasa Akreditasi yang terdiri daripada Bidang Sains dan Bidang Sastera.
Jawatankuasa Akreditasi bertanggungjawab menerima, menilai dan menganalisis laporan penilaian bagi permohonan Akreditasi Sementara serta Akreditasi Penuh program daripada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT). Setelah meneliti laporan penilaian, Jawatankuasa Akreditasi akan memperakukan sama ada untuk memberi, menolak atau membatalkan Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh program.
MQA telah melantik sejumlah 26 orang iaitu 13 orang bagi setiap bidang bagi menganggotai Jawatankuasa Akreditasi yang terdiri daripada ahli akademik, wakil agensi dan industri.
Pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi (MJA) pada tahun 2024 adalah seperti di bawah:
TAKWIM MESYUARAT JAWATANKUASA AKREDITASI (MJA) TAHUN 2025
Bilangan 1 Tahun 2025 |
21 Januari 2025 (Selasa) |
2.30 petang – 5.30 petang | 10.00 pagi – 1.00 tengah hari | MQA |
Bilangan 2 Tahun 2025 |
25 Februari 2025 (Selasa) |
10.00 pagi - 1.00 tengah hari | 2.30 petang - 5.30 petang | MQA |
Bilangan 3 Tahun 2025 |
25 Mac 2025 (Selasa) |
10.00 pagi – 1.00 tengah hari | 2.30 petang – 5.30 petang | MQA |
Bilangan 4 Tahun 2025 |
29 April 2025 (Selasa) |
2.30 petang - 5.30 petang | 10.00 pagi - 1.00 tengah hari | MQA |
Bilangan 5 Tahun 2025 |
27 Mei 2025 (Selasa) |
2.30 petang - 5.30 petang | 10.00 pagi – 1.00 tengah hari | MQA |
Bilangan 6 Tahun 2025 |
01 Julai 2025 (Selasa) |
10.00 pagi - 1.00 tengah hari | 2.30 petang - 5.30 petang | MQA |