Pilih Bahasa:   Bahasa Melayu | English

Selamat maju jaya Prof.KS!





SEPANG: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah menganjurkan majlis perpisahan dan sesi clock out, 'Sempurna Khidmat Bertaut Budi' sebagai simbolik apresiasi kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari yang menamatkan perkhidmatan di agensi ini selepas lima tahun sejak 2019.

Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran yang berkongsi pengalamannya selama bergandingan menerajui MQA bersama Prof. Khairul Salleh.

Seterusnya, Prof. Khairul Salleh dalam ucapan terakhirnya merakamkan penghargaan kepada pengurusan dan semua warga, selain memanjatkan kesyukuran atas tempoh perkhidmatannya di MQA.

Program diteruskan dengan tayangan multimedia memori sepanjang Prof. Khairul Salleh berkhidmat di MQA sejak hari pertama melaporkan diri sebelum sesi clock out dan merakam kenangan bersama warga MQA yang hadir.

Hadir sama pada acara ringkas itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MQA, Puan Halinordina Mat Saat dan Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA, Encik Mohamad Dzafir Mustafa.

Prof. Khairul Salleh yang lebih mesra disapa sebagai Prof. KS sebelum ini dipinjamkan dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kembali ke universiti berkenaan meneruskan kerjayanya sebagai naib canselor.

Kami warga MQA ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Prof. KS!