Generik (merentas standard program)
Tidak semestinya. Penilaian akhir boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk seperti laporan kajian kes dan pembentangan, namun tertakluk kepada keperluan tertentu sesuatu standard program.
Blended learning ialah salah satu kaedah pembelajaran dan pengajaran. Kaedah penyampaian program (konvensional atau ODL) ditentukan berdasarkan peratusan pembelajaran dalam talian yang dilaksanakan.
Sijil yang diiktiraf adalah kelayakan yang telah diakredit/diiktiraf oleh badan berautoriti atau badan profesional negara berkenaan yang mengesahkan kelayakan tersebut.
Kelayakan-kelayakan lain yang setara dengan SPM dan STPM seperti UEC, O-Level, A-Level, Canadian Pre-University boleh diterima, namun tertakluk kepada keperluan spesifik mata pelajaran SPM dan PNGK.
Bagi kelayakan yang tidak menggunakan sistem pemarkahan PNGK, kesetaraan pemarkahan terhadap sistem PNGK perlu dilaksanakan sendiri oleh PPT.
Gred yang diterima setara dengan gred STPM untuk kemasukan ke sarjana muda bagi kelayakan A-Level adalah gred D walaupun gred E adalah lulus.
Dalam kes yang dinyatakan, 3 mata pelajaran yang kredit itu diambil kira kerana syarat 3 kepujian telah ditepati dan pencapaian kredit Matematik adalah lebih tinggi daripada syarat lulus yang ditetapkan.
Merujuk kepada Surat Makluman JPT dengan nombor rujukan JPT/GS1000-614(139) bertarikh 30 November, IELTS 5.0 disetarakan dengan MUET Band 3.
Peratusan penilaian berterusan dan akhir adalah wajib dipatuhi seperti yang ditetapkan dalam standard program.
PPT wajib memastikan badan pengetahuan (body of knowledge) yang ditetapkan ada dalam program, namun tertakluk kepada keperluan yang digariskan dalam sesuatu standard program seperti keperluan menawarkan setiap kursus secara berasingan atau boleh digabung serta kaedah pemilihan kursus mengikut reka bentuk program tertentu.
Standard Program: Pengajian Perniagaan
Tidak semestinya. Program sarjana muda dan sarjana secara kerja khusus boleh ditawarkan tanpa pengkhususan. Jika ia ditawarkan tanpa pengkhususan, komponen pengkhususan perlu diterapkan dalam teras program tersebut.
Standard Program: Kewangan
Tidak semestinya. Program sarjana muda dan sarjana secara kerja khusus boleh ditawarkan tanpa pengkhususan. Jika ia ditawarkan tanpa pengkhususan, komponen pengkhususan perlu diterapkan dalam teras program tersebut.
Boleh, bidang perniagaan adalah salah satu bidang berkaitan yang diterima masuk bagi program sarjana kewangan/ perbankan/ insurans.
Tidak. Penilaian akhir tidak boleh dijalankan secara take home test.
Open book test boleh dijalankan dalam peperiksaan akhir tetapi PPT perlu memastikan kesesuaian aras kesukaran soalan dan kursus tersebut dengan kaedah open book. Bagi kriteria open book test seperti bilangan buku yang boleh dibawa untuk rujukan, PPT perlu mempunyai prosedur tersendiri berdasarkan amalan baik.
Standard Program: Komputeran
Tidak. Keperluan IELTS yang dinyatakan adalah terpakai bagi semua tahap yang dinyatakan.
PPT boleh menetapkan sendiri skor IELTS bagi setiap tahap dengan justifikasi, tertakluk kepada dasar semasa JPT melalui surat bernombor rujukan JPT/GS 1000-630(41) bertarikh 9 Disember 2019 dan JPT/GS 1000-630(9) bertarikh 31 Julai 2019.
Standard Program: Perakaunan
Pengalaman bekerja selama 3 tahun ialah pengalaman yang diperoleh selepas mendapat kelayakan profesional.
Standard Program: Sains Perubatan dan Kesihatan
Ya. Keperluan IELTS yang dinyatakan selepas syarat kelayakan masuk bagi tahap sarjana muda hanya terpakai bagi tahap itu.
Ya. Standard program edisi pertama masih terpakai bagi 8 bidang yang tidak dikaji semula iaitu Audiology, Forensic Science, Speech Science, Biochemistry, Genetics, Microbiology, Medical Social Work dan Health Promotion bagi keperluan hasil pembelajaran, reka bentuk dan penyampaian kurikulum serta sumber pendidikan. Keperluan lain adalah tertakluk seperti penetapan dalam standard program edisi kedua.
Standard Program: Muamalat dan Kewangan Islam
Program bidang lain (contohya sarjana muda perniagaan) dengan pengkhususan bidang muamalat dan kewangan Islam wajib menawarkan 4 kursus teras iaitu fiqh muamalat, usul fiqh, qawaid fiqhiyyah dan teologi Islam secara berasingan.
Standard Program: Bahasa
Kursus proficiency adalah kursus di mana pelajar diajar tentang Bahasa tersebut yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Pengiraan GLH bagi kursus proficiency diterangkan seperti contoh berikut:
Misalnya, dalam program linguistik, terdapat 2 kursus proficiency iaitu:
Standard Program: Bahasa menyatakan 1 kredit bersamaan 2 GLH. Pelajar program Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil perlu melengkapkan minimum 200 GLH. Pelajar bagi lain-lain Bahasa perlu melengkapkan 100 GLH per semester.