Pilih Bahasa:   Bahasa Melayu | English

Kod Amalan Pembelajaran Terbuka Dan Jarak Jauh (Open And Distance Learning, ODL)

Berdasarkan COP-ODL, definisi bersemuka (face to face, F2F) merujuk kepada interaksi fizikal yang sebenar atau lain-lain komunikasi melalui media teknologi yang memaparkan pelajar dan tutor / fasilitator / jurulatih dalam masa nyata (real time) untuk membolehkan respons secara langsung. Pembelajaran dan pengajaran secara F2F adalah wajib, namun peruntukan jam pertemuan bersemuka boleh ditetapkan oleh PPT sendiri mengikut kesesuaian bidang program pengajian.

Boleh. Mengikut dasar semasa iaitu dengan merujuk kepada Surat Makluman MQA Bil. 12/2020, PPT konvensional dibenarkan untuk menawarkan program pengajian dengan kaedah penyampaian secara ODL dengan memenuhi kriteria umum yang dinyatakan dalam surat makluman tersebut.

Ya, program yang ingin ditawarkan secara ODL wajib memohon akreditasi secara berasingan daripada program sama yang sedang dijalankan secara konvensional.

Perkara ini adalah tertakluk kepada penetapan dalam Surat Makluman MQA Bil.2/2018: Penggantian Latihan Industri dengan Komponen Lain Kurikulum bagi Pelajar Separuh Masa.

Dokumen yang boleh dirujuk untuk melaksanakan program ODL ialah:

  • Kod Amalan Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (MQA, 2013)
  • Garis Panduan dan Piawaian Pengendalian Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (JPT)
  • e-Learning Guidelines for Malaysian HEIs (KPM, 2014)