Mengikut Akta Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) 2007, semua program pengajian dan kelayakan yang telah diakreditkan oleh MQA akan didaftarkan dalam MQR. Manakala eSisraf menyenaraikan semua program yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga yang telah diakreditkan oleh MQA dan telah didaftarkan dalam MQR bagi program peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda sehingga 31 Disember 2016 sahaja.
Ya, tetapi eSisraf hanya menyenaraikan program peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang telah mendapat akreditasi MQA yang dibentangkan ke Jawatankuasa Tetap Penilaian Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) sehingga 31 Disember 2016. Mulai Januari 2017 iaitu selepas pembubaran JTPPK semua program yang mendapat akreditasi MQA dan didaftarkan di dalam MQR membawa maksud kepada pengiktirafan kerajaan Malaysia dan akan disyorkan nilai taraf Perkhidmatan Awam berdasarkan keperluan yang ditetapkan dalam skim-skim Perkhidmatan Awam.
Ya, eSisraf masih wujud dan akan terus dikekalkan.
Ya, eSisraf hanya menyenaraikan kelayakan sehingga Ijazah Pertama sahaja kerana kebanyakan skim perkhidmatan memerlukan sehingga peringkat Ijazah Pertama sahaja. Bagi pengiktirafan kelayakan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ph.D, Kerajaan telah menggunapakai dasar sedia ada seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2009.
Pengesahan kelayakan individu bagi program dalam dan luar negara tidak akan dilaksanakan oleh MQA. Maklumat mengenai sesuatu kelayakan boleh diperolehi secara dalam talian dengan hanya menyemak dan mencetak dari portal eSisraf atau melalui laman web MQR: http://www2.mqa.gov.my/mqr
Walau bagaimanapun, pengeluaran surat pengesahan pengiktirafan kelayakan yang tersenarai di dalam MQR dan eSisraf oleh pihak MQA boleh dipertimbangkan berdasarkan permohonan dengan dikenakan caj perkhidmatan yang telah ditetapkan iaitu sebanyak RM100.
Caj perkhidmatan berhubung pengesahan pengiktirafan kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling MQA Bil. 4/2019 ini berkuatkuasa mulai 1 April 2019. Pemohonan perlu mengemukakan borang PPK dan juga bayaran dalam bentuk bank draf atas nama Agensi Kelayakan Malaysia.
Mohon rujukan pautan berikut: https://www2.mqa.gov.my/esisraf/manual.cfm
Sekiranya kelayakan dalam negara mohon semak di dalam MQR dan sekiranya kelayakan luar negara mohon emailkan kepada esisraf@mqa.gov.my untuk semakan lanjut.
Penamaan program sama ada bidang sains atau sastera ditentukan oleh 'body of knowledge' sesuatu program. Sebagai panduan boleh merujuk Senarai Bidang.
Mohon emailkan kepada esisraf@mqa.gov.my untuk sebarang pembetulan atau pertanyaan lanjut.
MQA tidak membuat penilaian bagi kesetaraan gred mata pelajaran dan juga kesetaraan gred/skor/markah kelayakan luar negara.