a) Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) perlu mempunyai punca kuasa yang jelas menawarkan program tahap pendidikan tinggi iaitu:
i. Berdaftar sebagai IPTS dengan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
ii. Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti
iii. Institusi di bawah Kementerian yang mempunyai sifat kuasa yang jelas
b) Semua permohonan program perlu mendaftar dahulu dalam modul Pra Pendaftaran di Sistem e-Semakan Permohonan (eSP).
c) Kemukakan permohonan program mengikut kategori pemohonan kepada MQA.
SENARAI SEMAK PERMOHONAN AKREDITASI SEMENTARA
i.
Borang A (Permohonan bagi Perakuan Akreditasi Sementara Program atau Kelayakan)
ii.
Dokumen MQA-01 atau Dokumen format Badan Profesional
◆ Bagi dokumen MQA-01, bilangan salinan adalah 4 Softcopy (Cakera Padat).
Format dokumen adalah seperti yang dinyatakan dalam COPPA Edisi Kedua.
◆ Bagi dokumen mengikut format oleh Badan Profesional berkaitan, bilangan dokumen adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keperluan Bilangan Salinan Dokumen Program Profesional.
iii. Fi permohonan yang ditetapkan dalam bentuk demand draft atas nama 'Agensi Kelayakan Malaysia'; Sila rujuk Jadual Fi Perkhidmatan Agensi Kelayakan Malaysia.
iv. Satu salinan Perakuan Pendaftaran Institusi/Bukti Penubuhan Institusi.
v. Satu salinan Surat Keputusan Saringan Awal dari JPT, KPM (Bagi IPTA sahaja).
Nota:
◆ Bermula 2 April 2018, permohonan program perlu menggunakan dokumen MQA-01 COPPA Edisi Kedua.
◆ Permohonan program baru (Akreditasi Sementara) Tahap 4 dan 6 daripada IPTA hendaklah dikemukakan terus kepada Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM untuk dipertimbangkan di dalam Mesyuarat Saringan Awal (MSA) Program Akademik Baharu.
SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENGELUARAN PERAKUAN AKREDITASI SEMENTARA
i.
Lampiran B (Permohonan untuk Mendapatkan Perakuan Akreditasi Sementara)
ii.
Fi permohonan berjumlah RM100.00 dalam bentuk demand draft atas nama 'Agensi Kelayakan Malaysia'.
iii. Satu salinan Surat Kelulusan Pengendalian Program
iv. Satu salinan Perakuan pendaftaran Institusi/Bukti Penubuhan Institusi
v. Bukti Pematuhan Syarat-Syarat Khusus yang dinyatakan dalam Surat Perakuan Memenuhi Keperluan Kualiti (CQC).
Nota:
◆ Permohonan ini dikemukakan selepas pihak PPT mendapat Kelulusan Pengendalian Program daripada JPT, KPM.
◆ Permohonan ini juga boleh dikemukakan oleh PPT yang ingin memohon Akreditasi Penuh bagi program yang telah matang dan diluluskan tanpa melalui penilaian MQA.
◆ Bagi permohonan pengeluaran Perakuan Akreditasi Sementara selepas MJA Bil.1/2016, Lampiran 1 dan Fi permohonan berjumlah RM100.00 hendaklah diserahkan kepada Unit Keurusetiaan, Aras 4, Mercu MQA, Cyberjaya.
SENARAI SEMAK PERMOHONAN AKREDITASI PENUH
i.
Borang B (Permohonan bagi Perakuan Akreditasi Program atau Kelayakan).
ii.
Dokumen MQA-02 atau Dokumen format Badan Profesional.
◆ Bagi dokumen MQA-02, bilangan salinan adalah 4 Softcopy (Cakera Padat).
Format dokumen adalah seperti yang dinyatakan dalam COPPA Edisi Kedua.
◆ Bagi dokumen mengikut format oleh Badan Profesional berkaitan, bilangan dokumen adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keperluan Bilangan Salinan Dokumen Program Profesional.
iii. Fi permohonan yang ditetapkan dalam bentuk demand draft atas nama 'Agensi Kelayakan Malaysia'; Sila rujuk Jadual Fi Perkhidmatan Agensi Kelayakan Malaysia.
iv. Satu salinan Perakuan pendaftaran Institusi/Bukti Penubuhan Institusi.
v. Satu salinan Surat Kelulusan Pengendalian Program.
vi. Satu salinan Perakuan Akreditasi Sementara (jika berkenaan).
vii. Senarai nama pelajar mengikut semester pengajian.
viii. Kalendar akademik program pengajian.
ix. Cadangan tiga (3) tarikh lawatan bagi program yang dimohon.
Nota:
◆ Bagi program Sarjana Tahap 7 Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan Kedoktoran Tahap 8 MQF secara Penyelidikan, pihak PPT perlu mengemukakan satu perakuan pengesahan bahawa terdapat sekurang-kurangnya seorang pelajar daripada program tersebut telah mengemukakan deraf akhir Disertasi/ Tesis (Surat Makluman MQA Bil. 9/2018 bertarikh 24 Disember 2018 dan Bil. 1/2014 bertarikh 28 Januari 2014).
Waktu urusan kaunter Pendaftaran:
Hari: Isnin hingga Khamis (8.30 Pagi - 4.30 Petang)
Jumaat (8.30 pagi - 12.15 tengahari)
Waktu rehat : 1.00 petang - 2 petang
Tempat : Aras 4, Mercu MQA, Cyberjaya
Rujuk Jadual Permohonan Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh di laman web Agensi Kelayakan Malaysia
Permohonan program boleh dikemukakan secara pos dan akan diproses bagi minggu permohonan.
Semua permohonan program badan profesional perlu dikemukakan kepada MQA untuk mendapatkan akreditasi termasuk Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang berstatus swaakreditasi. Boleh rujuk: Surat Makluman MQA Bil. 7/2019
Format dokumen mengikut ketetapan badan profesional berkaitan. Boleh rujuk Jadual Keperluan Bilangan Salinan Dokumen Badan Profesional.
E-Semakan Permohonan bertujuan untuk membolehkan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) membuat semakan status terhadap permohonan penilaian program yang dikemukakan kepada MQA untuk tujuan penilaian Akreditasi Sementara & Akreditasi Penuh.
Status permohonan penilaian program hanya boleh disemak selepas 7 hari bekerja daripada tarikh surat akuan penerimaan program.
Manual Penggunaan eSP boleh dirujuk melalui https://www2.mqa.gov.my/esp/
Perlu mendaftar terlebih dahulu di Sistem e-Semakan Permohonan (eSP). Setelah mendaftar, cetak Borang Permohonan Akses Pengguna e-Semakan Permohonan dan lengkapkan pengesahan pemohon dan Ketua Eksekutif. Borang yang lengkap hendaklah difaks, diemel dan diposkan kepada Puan Asnita Isam.
Maklumat akses akan diberikan kepada pemohon yang disahkan oleh MQA melalui emel.
Tiada jumlah maksimum admin yang boleh mendaftar dalam Sistem e-Semakan Permohonan (eSP).