PANDUAN PEMBAYARAN KEPADA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) SEMASA DAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)
Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh kerajaan mulai 3 Julai 2021 hingga 16 Julai 2021 melibatkan beberapa mukim di Negeri Selangor dan lokaliti tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dimaklumkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan beroperasi selaras dengan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
1. Berikut merupakan kaedah pembayaran kepada MQA bagi memudahkan proses pembayaran oleh pihak Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT):
i. bank draf melalui pos sahaja; atau
ii. secara dalam talian melalui JomPay. PPT boleh mendapatkan ID JomPay PPT dengan log masuk ke https://www2.mqa.gov.my/esp/
2. PPT hendaklah mengemukakan perihal bayaran dan dokumen sokongan yang lengkap serta bukti bayaran kepada pegawai MQA yang terlibat untuk tindakan selanjutnya.
3. Bersama-sama ini dilampirkan tatacara pembayaran melalui JomPay.
Bil. | Tajuk | Papar |
---|---|---|
1. | Tatacara Bayaran Menggunakan JOMPAY |
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai Bahagian Kewangan menerusi emel uat@mqa.gov.my
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)
3 JULAI 2021