Pilih Bahasa:   Bahasa Melayu | English

Rujukan Kelayakan (Malaysian Qualifications Register, MQR)

Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) adalah titik rujukan untuk program yang diiktiraf oleh pemberi pendidikan tinggi (HEP) dari Tahap 3 hingga Tahap 8 Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF). MQR juga mendaftarkan program A-Level dan Asasi yang tidak mematuhi sebarang peringkat MQF melainkan sebagai kelayakan masuk ke pendidikan tinggi.

MQR hanya menyenaraikan program yang telah mendapat Akreditasi Penuh dan bukannya Akreditasi Sementara. Senarai Akreditasi Sementara boleh disemak dalam https://www2.mqa.gov.my/pasp

Semakan status Akreditasi Penuh boleh dibuat melalui portal https://www2.mqa.gov.my/mqr. Carian boleh dibuat dengan cara berikut:


  1. Senarai Kolej Komuniti. Klik bar Carian Kelayakan disebelah kiri window --> Senarai Kelayakan Kolej Komuniti --> klik pada Kolej Komuniti yang dikehendaki.



  2. Senarai IPTS. Klik bar Carian Kelayakan disebelah kiri window --> Senarai Kelayakan IPTS --> klik pada IPTS yang dikehendaki.



  3. Carian melalui kata kunci. Klik bar Carian Kelayakan disebelah kiri window --> Kata Kunci --> masukkan kata kunci seperti senarai di bawah --> klik butang Mula Carian

    Kod Kursus
    ◆  Nama Kelayakan
    ◆  Nama IPT
    ◆  Bidang
    ◆  Peringkat Kursus
    ◆  Tahap
    ◆  Lokasi Negeri

    ◆  Menggunakan kombinasi kata kunci di atas.



  1. Kelulusan - kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi bagi membolehkan PPT mengendalikan sesuatu program pengajian. Kelulusan wajib diperoleh sebelum PPT dibenarkan mengendalikan program pengajian. Walau bagaimanapun, kelulusan ini tidak bermaksud satu-satu program itu telah diakredit oleh MQA.

  2. Akreditasi penuh - satu perakuan rasmi kepada PPT bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.

  3. Akreditasi sementara - fasa awal penilaian yang bertujuan untuk membantu dan mempermudah institusi pengajian tinggi mendapat akreditasi bagi program pengajian yang hendak ditawarkan dengan syarat ia meningkatkan kualiti dan standard yang ditetapkan semasa penilaian akreditasi sementara.

  4. Pengiktirafan adalah pengesahan kewujudan, kesahan atau kesahihan sesuatu program dan kelayakan.

Kelebihannya adalah seperti berikut:

  1. Program pengajian dan kelayakan tersebut telah melalui proses jaminan kualiti, iaitu ia selaras dengan standard dan kriteria yang ditetapkan dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF). Sila rujuk kepada maklumat mengenai Sistem Jaminan Kualiti di laman web MQA;
  2. memudahkan pemindahan kredit;
  3. membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran di institusi tempatan atau luar negara;
  4. membolehkan pelajar dipertimbangkan untuk pelantikan ke perkhidmatan awam; dan
  5. memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan.

Kesan utamanya adalah tiada jaminan kualiti yang dapat diberikan oleh MQA terhadap program pengajian tersebut. Selain itu, pelajar mungkin menerima kesan-kesan lain daripada pihak yang menggunakan perakuan akreditasi MQA sebagai syarat untuk:

  1. memohon melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti mana ditetapkan oleh PPT tempatan atau luar negara;
  2. memohon pemindahan kredit seperti mana ditetapkan oleh PPT tempatan atau luar negara;
  3. memohon mendapatkan bantuan kewangan atau kemudahan pinjaman pendidikan seperti mana ditetapkan oleh pemberi pinjaman; atau
  4. dipertimbangkan berkhidmat di sektor awam atau swasta seperti mana ditetapkan oleh JPA atau majikan swasta.

  1. Tarikh Akreditasi Penuh adalah tempoh sah laku akreditasi tersebut. Tarikh ini adalah berdasarkan tarikh bergraduat pelajar.
  2. Perakuan akreditasi MQA ke atas satu-satu program pengajian dan kelayakan adalah meliputi kohort pelajar yang bergraduat dalam tempoh sah laku akreditasi yang diberikan. Sekiranya pelajar bergraduat di luar tempoh tersebut, maka program pengajian dan kelayakan yang diperoleh tidak diperakukan akreditasi MQA.



Pendaftaran Program PPT Berstatus Swaakreditasi Dalam MQR

Untuk makluman, Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang berstatus swaakreditasi ini mempunyai autonomi untuk menjalankan penilaian akreditasi bagi program di institusi mereka tanpa perlu melalui penilaian akreditasi di bawah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Walau bagaimanapun, program-program profesional yang masih perlu melalui proses penilaian badan-badan profesional yang berkaitan.

Pemberian tarikh Akreditasi bagi program-program daripada universiti yang berstatus swaakreditasi di MQA adalah berdasarkan dua (2) kaedah seperti berikut:

  1. Program Lama (program yang telah mempunyai pelajar kohort pertama bergraduat sebelum penilaian Akreditasi dijalankan. Maka, pemberian tarikh Akreditasi akan diberikan mengikut tarikh dokumen Akreditasi lengkap).
  2. Program Baru (program yang belum mempunyai pelajar kohort pertama bergraduat selepas tarikh mesyuarat senat program mendapat Akreditasi penuh). Pemberian tarikh Akreditasi akan diberikan mengikut tarikh pelajar kohort pertama bergraduat.