FAQ Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti adalah satu kompilasi soalan-soalan yang sering diajukan oleh pihak-pihak berkepentingan kepada MQA. Kompilasi ini disediakan bertujuan memudahkan pihak-pihak berkepentingan mendapatkan jawapan terhadap persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan. Jawapan-jawapan yang disediakan adalah selaras dengan dasar-dasar semasa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), standard dan standard program.
Kompilasi FAQ ini meliputi perkara-perkara berikut:
- Sistem Semester
- Kredit dan Student Learning Time (SLT)
- Penamaan Program
- Program Kerjasama
- Degree Transfer Program (DTP)
- Latihan Industri
- Kelayakan Masuk
- Pindah Kredit
▪ Pemantauan, Semakan dan Penambahbaikan Kualiti Berterusan Program
Adalah diharap, dengan adanya FAQ Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti dapat membantu pihak-pihak berkepentingan memahami dan mematuhi dasar-dasar jaminan kualiti agar dapat diaplikasikan dalam proses jaminan kualiti di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) masing-masing.
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
Sektor Pembangunan Dasar dan Kepakaran
Agensi Kelayakan Malaysia
2025