Swaakreditasi
Status swaakreditasi merupakan satu perakuan yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) ke atas pemberi pendidikan tinggi (PPT) yang terbukti mempunyai sistem jaminan kualiti dalaman yang kukuh dan mantap.
MQA memberi kepercayaan kepada Senat PPT berstatus swaakreditasi untuk mengakredit sendiri program pengajian melalui sistem kualiti dalaman mereka berpandukan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) serta standard dan ketetapan yang ditetapkan oleh pihak MQA dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dari semasa ke semasa.
Pelaksanaan perakuan status swaakreditasi menyediakan satu tahap pengiktirafan lebih tinggi berasaskan prestasi kualiti (performance-based) sesebuah PPT yang telah berusaha memperkasa dan memperkukuh sistem kualiti dalaman mereka.
Ia menyediakan kerangka pengiktirafan yang bersifat 'no one size fits all' dan diharapkan dapat menyuntik daya saing dalam kalangan PPT tempatan untuk terus berusaha memperkasa kualiti mereka.
Perakuan status swaakreditasi diberikan kepada sesebuah PPT manakala perakuan akreditasi program (sama ada berstatus sementara atau penuh) diberikan kepada sesuatu program tertentu sahaja dan tidak melibatkan program lain.
Perakuan status swaakreditasi pertama kali dianugerahkan pada bulan April 2010 kepada empat universiti awam dan empat kampus cawangan universiti luar negara iaitu:
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Monash University Malaysia
- The University of Nottingham Malaysia Campus
- Swinburne University of Technology Sarawak Campus
- Curtin University, Sarawak Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dianugerahkan perakuan status yang sama pada bulan Mac 2013.
Sesebuah PPT boleh memohon perakuan status swaakreditasi setelah mendapat undangan daripada YB Menteri Pendidikan Tinggi (YB Menteri) untuk berbuat sedemikian.
Undangan terkini YB Menteri dibuat pada bulan Mac 2014 kepada PPT yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
Undangan oleh YB Menteri pada Mac 2014 adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:
- Universiti yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis, telah beroperasi sekurang-kurangnya 10 tahun sebagai universiti dan semua program matangnya telah mendapat perakuan akreditasi MQA;
- Mempunyai sistem pengurusan dan jaminan kualiti dalaman; dan
- Mencapai Tier 5 dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA).
PPT yang telah diundang oleh YB Menteri perlu mengemukakan permohonan berdasarkan format Laporan Penilaian Kendiri yang telah ditetapkan oleh MQA.
Audit institusi yang dijalankan melibatkan lawatan ke kampus induk, kampus cawangan dan pusat pembelajaran PPT terlibat dan seterusnya penyediaan laporan menyeluruh dan perakuan oleh auditor.
Audit institusi dilaksanakan berdasarkan ketetapan yang digariskan oleh Kod Amalan Audit Institusi (Code of Practice for Institutional Audit, COPIA), pematuhan kepada MQF dan standard-standard yang diterbitkan oleh MQA.
Audit institusi yang dilaksanakan oleh MQA sepanjang tahun 2015 dan 2016 telah dijayakan oleh 16 kumpulan panel auditor. Mereka merupakan pakar akademik yang mempunyai pengalaman luas dalam sistem kualiti akademik universiti.
Keputusan swaakreditasi dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Swaakreditasi yang dianggotai seramai sembilan orang ahli iaitu:
- Ketua Pegawai Eksekutif MQA sebagai Pengerusi.
- Seorang wakil Majlis MQA sebagai Timbalan Pengerusi.
- Dua orang wakil Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi MQA.
- Dua orang wakil Naib Canselor (awam dan swasta).
- Seorang wakil Kementerian Pendidikan Tinggi.
- Seorang wakil Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti.
- Seorang pakar pendidikan tinggi.
Keistimewaan yang dinikmati oleh PPT yang dianugerahkan perakuan status swaakreditasi adalah PPT terbabit boleh mengakredit program pengajiannya sendiri melalui Jawatankuasa Senat mereka.
Justeru PPT berstatus swaakreditasi menikmati lebih ruang mengoptimumkan tumpuan dan sumber dalam memperkasakan kualiti program pengajian yang ditawarkan.
Malahan PPT berstatus swaakreditasi diharapkan dapat melaksanakan akreditasi program mereka sendiri dengan lebih baik walau tanpa penglibatan MQA.
Program yang tidak tertakluk kepada status swaakreditasi dan masih perlu melalui proses penilaian MQA adalah seperti berikut:
- Program profesional;
- Program yang dijalankan secara kerjasama dengan universiti lain; dan
- Program yang ditawarkan oleh anak syarikat PPT berstatus swaakreditasi.
Ya. Program pengajian yang diakredit sendiri oleh PPT berstatus swaakreditasi boleh didaftarkan ke dalam Daftar Kelayakan Malaysia untuk rujukan pihak umum, tertakluk kepada terma dan prosedur yang ditetapkan oleh MQA.
Penilaian semula status swaakreditasi akan dilaksanakan setiap lima tahun sekali. Oleh yang demikian, kumpulan lapan (8) PPT pertama yang diberi perakuan swaakreditasi pada tahun 2010 telah dinilai semula pada tahun 2015 dan 2016 serta berjaya mengekalkannya.
Dengan penambahan lapan PPT baharu, jumlah keseluruhan PPT berstatus swaakreditasi adalah sebanyak 19 buah institusi.
Senarai PPT berstatus swaakreditasi boleh dirujuk dalam portal MQA di www.mqa.gov.my/ manakala carian program yang ditawarkan oleh PPT ini boleh dibuat di portal Daftar Kelayakan Malaysia di www2.mqa.gov.my/mqr
Pematuhan Akreditasi
Pematuhan Akreditasi Penuh merupakan penilaian bagi memantau program yang dikendalikan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi yang telah mendapat Akreditasi Penuh dapat mengekalkan, mempertingkatkan kualiti, standard dan kriteria yang ditetapkan dalam menjamin kualiti program.
Penilaian ini akan dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun atau mana-mana tempoh lain yang dipersetujui oleh pengurusan bagi program berstatus Akreditasi Penuh dan tidak termasuk program badan profesional.
PPT akan diminta untuk mengemaskini maklumat penawaran program melalui Portal E-Semakan. MQA akan mengeluarkan surat makluman kepada PPT yang terlibat dan dokumen permohonan pematuhan akreditasi perlu dihantar kepada MQA berdasarkan tarikh dan caj yang ditetapkan.
PPT perlu menyediakan Dokumen MQA-04 yang mengandungi maklumat yang dikategorikan seperti berikut:
- Deklarasi
- Bahagian A : Maklumat Umum Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT)
- Bahagian B : Maklumat Program
- Bahagian C : Status Pematuhan Syarat-syarat Khusus Akreditasi Penuh Program
- Bahagian D : Laporan Penilaian Kendiri
Bidang 1 : Pembangunan dan Penyampaian Program
Bidang 2 : Penilaian Pembelajaran Pelajar
Bidang 3 : Pemilihan dan Khidmat Sokongan Pelajar
Bidang 4 : Staf Akademik
Bidang 5 : Sumber Pendidikan
Bidang 6 : Pengurusan Program
Bidang 7 : Pemantauan, Semakan Program dan Penambahbaikan Kualiti Berterusan - Lampiran
Dokumen permohonan yang lengkap akan dihantar kepada Ahli Panel Penilai (APP). Mesyuarat penyelarasan bersama-sama pasukan APP yang dilantik akan diadakan dan penilaian akan dilaksanakan berdasarkan dokumen dan bukti yang dikemukan oleh PPT. Lawatan penilaian terhadap program akan dilaksanakan berdasarkan dapatan hasil penilaian semasa mesyuarat penyelarasan dan PPT akan dimaklumkan secara rasmi.
PPT hendaklah membuat penambahbaikan program dan menjalankan penilaian dalaman dari masa kesemasa setelah mendapat status akreditasi penuh. PPT perlu menyediakan Dokumen MQA-04 setelah menerima surat makluman awal berhubung penilaian pematuhan akreditasi daripada MQA. PPT juga perlu memastikan proses dan prosedur penambahbaikan program didokumenkan secara sistematik sebagai rujukan dan bahan bukti.
Ya. Perakuan Akreditasi boleh dibatalkan sekiranya PPT didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan semasa akreditasi penuh atau terbukti berlaku penurunan kualiti program pengajian yang ditawarkan.
Ya. PPT boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari secara bertulis kepada YB Menteri Pendidikan dari tarikh surat pembatalan MQA atau mengemukakan semula permohonan Akreditasi Penuh kepada MQA.