Penafian
Agensi Kelayakan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Penafian Terhadap Nama dan Logo MQA
MQA mengesan terdapat pihak-pihak tertentu telah menerbitkan bahan bercetak dan juga elektronik menggunakan nama dan logo MQA tanpa kebenaran bertulis daripada MQA. Pihak terbabit mendakwa tindakan mereka adalah bertujuan untuk memudahkan pencarian program yang telah mendapat akreditasi MQA.
Sehubungan dengan itu, MQA menafikan sebarang kaitan dengan penerbitan naskhah tersebut dan mengingatkan orang ramai supaya tidak terkeliru. MQA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian mana-mana pihak yang berurusan dengan pihak penerbitan tersebut.