MOOC bermula dengan tujuan memberi akses kepada seramai mungkin pelajar di seluruh dunia belajar secara dalam talian secara percuma. Setelah beberapa tahun MOOC diperkenalkan, banyak institusi mula memikirkan tentang pemberian kredit kepada pelajar yang mengambil MOOC.Selain IPT Malaysia, beberapa IPT luar negara juga kini sedang membangunkan mekanisma untuk memberi kredit kepada pelajarnya yang mengikuti subjek secara MOOC. Kementerian berpandangan pengiktirafan kredit MOOC ini sangat baik dan tepat pada masanya untuk menggalakkan flexible learning kepada pelajar, mengurangkan duplication of learning dan mengiktiraf pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi di luar conventional classroom.
MQA, seperti yang dinyatakan di Lonjakan 9 Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) telah membangunkan polisi dan garis panduan pindah kredit MOOC melalui satu jawatan kuasa yang diketuai oleh Prof. Dato' Dr. Mohamad Amin Embi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Berdasarkan garis panduan ini:
- IPT perlu memastikan bahawa MOOC yang diikuti oleh pelajar yang memohon pindah kredit adalah dari program yang telah diakredit oleh MQA atau badan jaminan kualiti dari negara lain atau MOOC yang boleh dipetakan dengan hasil pembelajaran kursus yang bakal diambil oleh pelajar tersebut.
- Selepas itu, IPT perlu memastikan kesahihan pelajar yang mengambil MOOC tersebut. Pengesahan boleh dilaksanakan dengan meminta pelajar tersebut menduduki onsite proctored exam bagi MOOC yang diambil. Setelah disahkan, IPT boleh memberikan kredit berdasarkan pemetaan yang dilakukan.
- Sekiranya pelajar tidak menduduki onsite proctored exam, IPT masih boleh melakukan pengesahan dan membuat penilaian ke atas pelajar sama ada kompetensi pelajar tersebut mencapai hasil pembelajaran kursus yang dipetakan. Sekiranya IPT berpuashati dengan hasil penilaian tersebut, IPT boleh memberikan pemindahan kredit.
Garis Panduan ini telah siap dibina dan akan dilancarkan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi pada 27 September 2016. Garis panduan ini diterbitkan dalam edisi cetakan dan juga e-book yang mana edisi e-book boleh dibeli secara on-line selepas majlis pelancaran tersebut melalui portal MQA.
Tidak. Senat IPT boleh membuat keputusan berdasarkan prosedur pindah kredit MOOC seperti yang dinyatakan dalam "Garis Panduan Pindah Kredit MOOC".
Pada pengetahuan Kementerian dan MQA ketika ini, masih belum ada negara yang membangunkan polisi nasional berkenaan pemberian kredit kepada MOOC. Malaysia adalah negara pertama di dunia.
MQA juga sedang mengkaji kemungkinan untuk membangunkan 'Daftar' mengenai MOOC yang telah diiktiraf kreditnya dan boleh digunakan oleh pelajar untuk memindah kredit. Sekiranya daftar ini dibangunkan kelak, ianya akan menjadi rujukan kepada pelajar seluruh dunia yang berminat untuk menyambung pengajian di Malaysia dalam merancang fleksibiliti pembelajaran mereka. Ini secara tak langsung akan meningkatkan lagi profile Malaysia sebagai hub pilihan pendidikan tinggi.