Pilih Bahasa:   Bahasa Melayu | English

APEL.A didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit.

APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Pemberi Pengajian Tinggi (PPT). Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Buat masa ini, penilaian APEL.A di Malaysia adalah bertujuan untuk kemasukan ke PPT sahaja dan dibuka untuk ENAM peringkat kemasukan iaitu:

  1. Kemasukan ke program peringkat Sijil (APEL T-3);
  2. Kemasukan ke program peringkat Diploma (APEL T-4);
  3. Kemasukan ke program peringkat Diploma Lanjutan (APEL T-5);
  4. Kemasukan ke program peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma Siswazah dan Sijil Siswazah (APEL T-6);
  5. Kemasukan ke program peringkat Ijazah Sarjana, Diploma Pascasiswazah dan Sijil Pascasiswazah (APEL T-7) bagi mod Penyelidikan, Kerja Kursus dan Campuran; dan
  6. Kemasukan ke program peringkat Kedoktoran (APEL T-8) bagi mod Penyelidikan, Kerja Kursus dan Campuran.

Secara umumnya, Sijil APEL.A boleh digunakan oleh pemohon untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke PPT dalam mana-mana bidang yang ingin dimohon.

Bagi permohonan peringkat Ijazah Sarjana (APEL T-7), bidang yang ditawarkan adalah seperti yang dipaparkan di pautan: Bidang APEL (Tahap 7).

Bagi permohonan peringkat Kedoktoran (APEL T-8), bidang yang ditawarkan adalah seperti yang dipaparkan di pautan: Bidang APEL (Tahap 8).
Manakala bagi program pengajian yang melalui penilaian oleh badan profesional adalah tertakluk kepada syarat dan keperluan badan profesional tersebut.

Calon yang lulus penilaian APEL.A boleh melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau secara separuh masa.

Bagi sijil APEL.A peringkat Ijazah Sarjana (APEL T-7) dan Kedoktoran (APEL T-8), mod penawaran yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Mod Kerja Kursus;
Mod Campuran; dan
Mod Penyelidikan

Pembayaran fi APEL.A bergantung kepada pemilihan tahap penilaian dan pemilihan pusat penilaian yang dibuat oleh calon seperti berikut:


Calon boleh merujuk kepada Garis Panduan Amalan Baik: Pengakreditan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Kemasukan (APEL.A) dan Pengakreditan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu untuk Micro-Credentials (APEL.M) [(GGP: APEL.A dan APEL.M)] di pautan https://www2.mqa.gov.my/portalapela/dokumen/GGP_2023.pdf

  1. Tempoh proses penilaian APEL.A akan mengambil masa selama 2 hingga 4 bulan.
  2. Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan APEL.A sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh kemasukan ke institusi pengajian tinggi pilihan.


Catatan: Walau bagaimanapun, sebarang tempoh penilaian APEL adalah bergantung kepada individu. Tempoh yang dinyatakan adalah bagi calon yang menduduki penilaian APEL tanpa ulangan. Sekiranya calon gagal dan perlu mengulang, tempoh penilaian akan lebih panjang.

Komponen Penilaian setiap tahap APEL.A boleh didapati di pautan seperti berikut:
Peringkat Sijil (APEL T-3)
Peringkat Diploma (APEL T-4)
Peringkat Diploma Lanjutan (APEL T-5)
Peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma Siswazah dan Sijil Siswazah (APEL T-6)
Peringkat Ijazah Sarjana, Diploma Pascasiswazah dan Sijil Pascasiswazah (APEL T-7)
Peringkat Kedoktoran (APEL T-8)


Skop Ujian Aptitud, format penyediaan portfolio, format penyediaan Research Intent dan Temu duga boleh didapati di dalam Garis Panduan Amalan Baik: Pengakreditan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Kemasukan (APEL.A) dan Pengakreditan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu untuk Micro-Credentials (APEL.M) [(GGP: APEL.A dan APEL.M)] melalui pautan https://www2.mqa.gov.my/portalapela/dokumen/GGP_2023.pdf


Struktur Ujian bagi peringkat Sijil (APEL.A T-3), Diploma (APEL.A T-4) dan Diploma Lanjutan (APEL.A T-5) dan Ijazah Sarjana Muda (APEL.A T-6):
Nota: Pemohon mestilah menjawab 20 soalan dengan betul untuk lulus.


Struktur Ujian bagi peringkat Ijazah Sarjana (APEL.A T-7) secara Kerja Kursus dan Mod Campuran:
Nota: Pemohon mestilah memperolehi 50% dari ujian Aptitud untuk lulus.

PPA adalah Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang dilantik oleh MQA untuk menerima dan memproses sepenuhnya penilaian APEL.A.

PPA dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
1.     PPA Terbuka; dan
2.     PPA Dalaman

Maklumat lanjut beserta senarai terkini PPA boleh dirujuk di pautan https://www2.mqa.gov.my/portalapela/ApaItuPPA.cfm

Pemohon akan menerima e-mel yang dijana secara automatik oleh sistem selepas mendaftar pada Portal APEL.A MQA. Tindakan seterusnya, pemohon perlu mendaftar semula dengan PPA di pautan yang disertakan dalam e-mel tersebut.

Tempoh sah laku Sijil APEL.A adalah selama 5 TAHUN daripada tarikh makluman keputusan rasmi kepada calon oleh MQA. Sila rujuk pemakluman di pautan https://www2.mqa.gov.my/portalapela/img/Makluman/TempohSahLakuSijilAPEL.A.png