Choose Language:   Bahasa Melayu | English




SEPANG: Bagi meringankan beban dalam membuat persediaan Hari Raya Aidilfitri, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menerusi Bahagian Pentadbiran menyampaikan baucar Mydin RM100 untuk setiap warganya.

Pada acara serba ringkas, Ketua Pegawai Eksekutif MQA, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran menyampaikan baucar kepada wakil setiap bahagian, Jumaat lalu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MQA, Puan Halinordina Mat Saat; Pengarah Bahagian Pentadbiran, Puan Junainah Mohd Amin dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran (Unit Pentadbiran), Encik Norisham Mohamed Noor.