Bahagian Koordinasi dan Rujukan Jaminan Kualiti,
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ,
No. 17, Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya,
Selangor,
MALAYSIA.
Sekiranya anda gagal memperolehi maklumat program carian di portal ini, anda juga boleh membuat semakan program melalui portal Provisional Accreditation di laman http://www2.mqa.gov.my/pasp bagi status Akreditasi Sementara.
Carian yang menghasilkan dapatan ‘Tiada rekod maklumat tersebut di dalam pangkalan data’ berkemungkinan disebabkan oleh salah satu sebab berikut:
(a) Program telah mendapat Akreditasi Sementara, walau bagaimanapun masih belum matang untuk Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) mengemukakan permohonan Akreditasi Penuh; atau
(b) PPT tidak mengemukakan permohonan Akreditasi Sementara dan/atau Akreditasi Penuh; atau
(c) Program dijalankan sebelum tahun 1997; atau
(d) Program gagal mencapai Akreditasi Penuh.
Program yang disenaraikan dalam MQR HANYALAH PROGRAM YANG DIAKREDIT dan ditawarkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) di Malaysia dan TIDAK termasuk program yang dijalankan oleh PPT Malaysia di kampus luar negara melainkan ada dinyatakan sebaliknya.
Bagi program ‘Dual Award degree’, HANYA KELAYAKAN YANG DIANUGERAHKAN OLEH PPT MALAYSIA akan disenaraikan dalam MQR. Penganugerahan oleh rakan institusi tidak akan dinilai mahupun didaftarkan dalam MQR.
Penganugerahan Akreditasi adalah BERDASARKAN LOKASI program dijalankan oleh PPT melainkan ada dinyatakan sebaliknya. Program yang dijalankan di lokasi yang tidak dinyatakan dalam MQR adalah TIDAK DIAKREDIT.
Bermula 1 Januari 2017, pengiktirafan Kerajaan bagi tujuan perlantikan perkhidmatan awam adalah dibawah kawal selia MQA. [Sebelum tarikh berkenaan, ianya adalah di bawah kawal selia Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK), Kementerian Pendidikan Tinggi].
Bagi semakan status pengiktirafan Kerajaan untuk tujuan perlantikan perkhidmatan awam sebelum 1 Januari 2017, sila rujuk melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (esisraf) http://www2.mqa.gov.my/esisraf .
Bagi status pengiktirafan Kerajaan bagi tujuan perlantikan perkhidmatan awam mulai 1 Januari 2017, semakan boleh dibuat melalui laman portal ini dengan menyemak pada maklumat status program di bawah pernyataan ‘Nilai Taraf Perkhidmatan Awam’.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung status Akreditasi program berkenaan, anda boleh menghubungi kami di talian berikut:
Telefon : +03-79684052
Emel : mariam@mqa.gov.my
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung status Pengiktirafan program berkenaan, anda boleh menghubungi kami di talian berikut:
Telefon : +03-79683104 / +03-79687067
Emel : esisraf@mqa.gov.my
Panduan
Carian boleh dilakukan melalui
kata kunci/kombinasi kata kunci di bawah
Contoh carian : kursus Diploma Sains Komputer
(1) Taip Sains Komputer di ruangan Nama Kelayakan
(2) Pilih Diploma pada Peringkat Kursus
(3) Klik butang Mula Carian
footer
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi
Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang
diperolehi
daripada laman web ini.
?Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024x768 piksel
?b>Hak Cipta Terpelihara?b>?2009 - Daftar Kelayakan
Malaysia, MQA -