Bahagian Koordinasi dan Rujukan Jaminan Kualiti,
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ,
No. 17, Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya,
Selangor,
MALAYSIA.
Perakuan Akreditasi adalah merupakan satu perakuan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh
Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan adalah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework (MQF).
Program yang telah memperoleh Perakuan Akreditasi sahaja layak menggunakan perkataan 'Akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)' atau bentuk kenyataan lain dengan maksud yang sama dalam iklan dan tawaran kursus mereka.
Status Akreditasi yang diberikan oleh MQA memiliki beberapa kelebihan tersendiri. Selain ia menjadi tanda aras kualiti program pengajian yang diikuti oleh para pelajar, ia juga memberi manfaat
lain seperti berikut:
Memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan antaranya seperti layak dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);
Memudahkan pemindahan kredit tertakluk kepada syarat-syarat dan keputusan muktamad institusi terbabit;
Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di institusi tempatan atau luar negara;
Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam. Selain itu, majikan sektor swasta turut menekankan program yang telah mendapat akreditasi dalam membuat pengambilan pekerja mereka; dan/atau
Institusi boleh memfrancais program yang diakredit kepada institusi lain, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Agensi
Kelayakan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan sebarang maklumat yang
diperolehi
daripada laman web ini.
?Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024x768 piksel
?b>Hak Cipta Terpelihara?b>?2009 - Daftar Kelayakan
Malaysia, MQA -